• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BERSATU, PAS Setuju Sokong Saarani Sebagai MB, BN Mohon Maaf

oleh
09/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketiga-tiga parti iaitu Bersatu, Barisan Nasional (BN) dan PAS bersetuju mencadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Persetujuan mengenai cadangan itu dicapai dalam perbincangan Presiden Bersatu, Presiden PAS dan Pengerusi BN, yang turut disertai Setiausaha Agung ketiga-tiga parti mengenai pembentukan kerajaan negeri Perak, hari ini.

“Atas semangat pemuafakatan Perikatan Nasional, ketiga-tiga parti bersetuju untuk mencadangkan Saarani sebagai Menteri Besar Perak yang baharu untuk diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

“Perbincangan hari ini juga mencapai kata sepakat mengenai pelantikan-pelantikan lain dalam kerajaan negeri,” menurut kenyataan bersama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Menurut kenyataan itu, Pengerusi BN sudah menyampaikan pernyataan maaf bagi pihak ADUN BN Perak di atas kekhilafan yang berlaku.

Ketiga-tiga parti turut bersepakat untuk memperkukuhkan kerjasama antara parti dalam kerajaan PN di Perak dan peringkat nasional demi kestabilan politik serta kesejahteraan rakyat.

Perak berhadapan dengan kemelut politik apabila Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yang juga ADUN Chenderiang, gagal mendapat sokongan dalam usul undi kepercayaan majoriti ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak pada persidangan DUN, Jumaat lalu.

Menerusi usul yang dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru), Ahmad Faizal hanya mendapat sokongan 10 undi berbanding 48 menentang manakala satu berkecuali, dan Ahmad Faizal kemudiannya mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar bersama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sehari selepas itu. – BERNAMA

Tags: Barisan NasionalBERSATUMenteri Besar PerakPASSaarani Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Senarai Calon BN Johor Di 56 DUN

Senarai Calon BN Johor Di 56 DUN

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengumumkan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi...

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd