• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersatu Bersama UMNO Bentuk Kerajaan Gabungan Baharu

oleh
07/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Bersatu Perak akan terus bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan gabungan baharu, kata bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau menambah, Bersatu Perak di bawah pimpinannya sentiasa bersedia untuk tujuan itu.

“Kami bekerjasama dengan UMNO dan parti lain di peringkat Persekutuan dan banyak negeri lain. Bersatu akan berkhidmat untuk rakyat bersama mana-mana parti (termasuk UMNO) bagi tujuan itu (untuk membentuk kerajaan negeri baharu),” katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mempunyai 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan memerlukan sokongan 30 ADUN bagi mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Sehingga kini, UMNO memiliki 25 kerusi, Bersatu (lima), PAS (tiga), DAP (16), Amanah (lima), PKR (tiga), Gerakan (satu) dan seorang wakil Bebas.

Menurut laporan sebuah portal, memetik kenyataan sumber yang rapat dengan Ahmad Faizal, gabungan Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO asalkan ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dilantik sebagai Menteri Besar.

Menurut portal itu, sumber berkenaan dipetik sebagai berkata, PN Perak kecewa dan percaya bahawa Pengerusi UMNO negeri, Datuk Shaarani Mohamad adalah dalang di sebalik gerakan menyingkirkan Ahmad Faizal.

Terdahulu, Shahrul Zaman mengumumkan bahawa UMNO Perak mencalonkan Shaarani sebagai calon Menteri Besar Perak ke-14.

Beliau yang mengumumkan perkara itu di Facebook menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu dan membenarkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudrin Shah membuat keputusan.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan bahawa satu gabungan baharu akan diwujudkan bagi membentuk kerajaan negeri Perak.

Sementara itu, sumber Bersatu Perak berkata, tiada sebarang gabungan dibentuk oleh mereka setakat ini sebagai sokongan berterusan kepada PN.

Sumber yang dihubungi New Straits Times melalui WhatsApp berkata, mereka juga tidak menetapkan sebarang syarat termasuk mewajibkan Shahrul Zaman dilantik sebagai Menteri Besar. – myMetro Online

Tags: BERSATUMenteri Besar PerakUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

13/06/2026
0

TANAH MERAH - Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menubuhkan parti baharu dikenali sebagai...

Bersatu Kesal PAS Cuba Rampas PN Yang Diasaskan Muhyiddin

Bersatu Kesal PAS Cuba Rampas PN Yang Diasaskan Muhyiddin

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoalkan tindakan PAS yang didakwa berusaha merampas Perikatan Nasional (PN) walaupun gabungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd