• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Terengganu, Kelantan Semakin Pulih

oleh
23/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan di dua negeri pantai timur Semenanjung melibatkan Terengganu dan Kelantan yang berdepan masalah banjir kini semakin pulih apabila jumlah mangsa terus berkurangan berbanding sebelum ini.

Di TERENGGANU, situasi banjir di dua daerah hampir pulih sepenuhnya dengan jumlah mangsa menurun kepada 185 orang daripada 51 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 837 orang daripada 215 keluarga pada 4 petang semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup secara berperingkat sejak lewat petang semalam, menjadikan jumlah PPS yang masih dibuka hanya enam iaitu empat di Dungun dan dua di Kemaman.

“Di Kemaman, situasi banjir bertambah baik dengan mangsa berkurangan kepada 39 orang daripada lapan keluarga berbanding 657 orang daripada 160 keluarga manakala di Dungun pula, mangsa berkurangan kepada 146 orang daripada 43 keluarga berbanding 180 orang daripada 55 keluarga petang semalam,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal infobanjir.water.gov.my pula melaporkan tiada lagi sungai yang melepasi paras bahaya setakat 8 pagi dan kebanyakannya sudah kembali ke paras normal.

Di KELANTAN, situasi banjir semakin pulih dengan hanya 828 mangsa daripada 309 keluarga masih ditempatkan di sembilan PPS di Pasir Mas setakat 8 pagi ini berbanding 911 orang petang semalam.

Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah mangsa banjir tertinggi ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang (2) iaitu 201 orang daripada 58 keluarga, diikuti SK Kubang Kual dengan 134 orang, SK Tok Deh (118) dan SK Kedai Tanjong (110).

PPS di SK Gual Tinggi pula menempatkan 92 orang, SK Bakong (85), PPS Putat Tujoh (42), SK Sri Kiambang (33) dan Sekolah Menengah Agama (Arab) Kg Bogor (13). 

Sementara itu menurut laporan infobanjir.water.gov.my setakat 8 pagi, Sungai Golok di Rantau Panjang kekal mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 9.87 meter (m) (bahaya 9 m), manakala Sungai Golok di Kampung Jambu, Tumpat pula merekodkan bacaan melepasi paras amaran iaitu 2.48 m (amaran 2.15 m). – BERNAMA

Tags: BanjirKelantanTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd