• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Isytihar Darurat Parlimen Gerik, DUN Bugaya

oleh
16/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Gerik, Perak dan Bugaya, Sabah, sekali gus pilihan raya di kedua-dua kerusi itu ditangguhkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan hari ini berkata, beliau menyembah nasihat Jemaah Menteri supaya mengisytiharkan darurat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.

“Seri Paduka Baginda berkenan untuk mengisytiharkan darurat selepas berpuas hati bahawa adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Ia membolehkan PRK Gerik dan PRN Bugaya dijadualkan pada 16 Januari dibatalkan serta ditangguhkan ke suatu tarikh ditentukan kelak,” katanya.

Menurut Muhyiddin, Jemaah Menteri pada 4 Disember lalu membincangkan secara terperinci kesan PRK dan PRN jika diadakan pada masa pandemik Covid-19 masih menular di negara.

“Mengambil iktibar penularan Covid-19 susulan PRN Sabah sebelum ini, Jemaah Menteri berpandangan kedua-dua pilihan raya itu perlu dielakkan atas faktor ancaman kesihatan awam, ekonomi dan ketenteraman awam.

“Saya bagi pihak Jemaah Menteri menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan mengisytiharkan darurat bagi kedua-dua bahagian pilihan raya berkenaan,” katanya. – myMetro Online

Tags: daruratDUN BugayaParlimen GerikPilihan Raya Kecil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jika Darurat Tak Sesuai, Tunggu  Keadaan Global Stabil Sebelum Adakan PRN’

‘Jika Darurat Tak Sesuai, Tunggu Keadaan Global Stabil Sebelum Adakan PRN’

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menegaskan cadangan mengisytiharkan darurat supaya Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Ahli Parlimen DAP Cadang Isytihar Darurat Tangguh PRN ‘Bodoh’ – Akmal Saleh

Ahli Parlimen DAP Cadang Isytihar Darurat Tangguh PRN ‘Bodoh’ – Akmal Saleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas Ahli Parlimen DAP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd