• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang Dewan Rakyat Hingga 1 Tengah Hari Minggu Ini

oleh
02/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan harian Dewan Rakyat minggu ini akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari ini, kecuali pada Jumaat apabila Belanjawan 2021 dibentangkan, berikutan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) selepas ada beberapa Ahli Dewan Negara disahkan positif COVID-19. 

Usul penangguhan mesyuarat itu dipersetujui selepas dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hasan selepas selesai sesi pembentangan Rang Undang-undang pada mesyuarat itu.

Usul itu dikemukakan selepas mesyuarat tergempar diadakan Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun dengan semua ketua Whip yang mewakili semua parti politik pagi ini. 

Biasanya sidang mesyuarat Dewan Rakyat adalah dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Takiyuddin berkata, satu norma baharu perlu diambil susulan perkembangan terbabit dan mengambil kira lokasi bangunan parlimen yang terletak di dalam kawasan Segambut. 

“Dengan syarat apa-apa yang dilakukan kerajaan dan dewan tidak menjejaskan hak Ahli Parlimen, untuk berbahas dan untuk mengundi dalam dewan ini. 

“Keduanya, pihak Parlimen akan mengendalikan satu tatacara pentadbiran membabitkan catatan kehadiran Ahli Parlimen dan keluar masuk di dalam dewan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. 

Takiyuddin berkata, beberapa kakitangan Dewan Negara disahkan positif COVID-19 dan mereka adalah pegawai kepada Ahli Dewan Negara. 

“Dijangka ada Ahli Dewan Negara yang kemungkinan positif kerana pegawai terbabit bekerja dengan mereka dan ada ahli keluarga,” katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, ketua parti akan diberikan arahan daripada semasa ke semasa bagi memenuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Parlimen. 

Usul itu bagaimanapun, menimbulkan pertikaian daripada beberapa wakil rakyat termasuk Sim Tze Tzin (PH – Bayan Baru) dan Lim Guan Eng (PH – Bagan). 

Tempoh masa sidang itu akan diguna pakai dalam minggu ini sebelum pembentangan Belanjawan 2021 dan untuk minggu akan datang ia akan diputuskan selepas mengadakan perbincangan dengan ketua parti. – BH Online

Tags: Covid-19persidangan dewan rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd