• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU 355 Perlu Runding Dengan Negeri Sebelum Bentang

oleh
26/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang lebih dikenali sebagai RUU 355 perlu dirunding dengan negeri sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, langkah itu bertujuan untuk mendapatkan pandangan kerajaan negeri berhubung RUU berkenaan.

“Walaupun RUU 355 merupakan undang-undang Persekutuan, peruntukan-peruntukan di bawahnya berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan undang-undang bertulis yang memperuntukkan kesalahan jenayah syariah.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Mahkamah Syariah dan undang-undang bertulis ini terletak di bawah bidang kuasa negeri. Oleh sebab itu, adalah wajar dan teratur sekiranya cadangan meminda Akta 355 dirunding dengan negeri-negeri terlebih dahulu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) mengenai usaha yang dijalankan setakat ini untuk memastikan pindaan Akta 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dapat dilaksanakan.

Terdahulu, Ahmad Marzuk menegaskan bahawa kerajaan hari ini amat komited dan berhasrat untuk membentangkan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) atau lebih dikenali sebagai RUU 355.

“Sungguhpun demikian, sebelum ia dibentangkan, beberapa proses penting perlu diteliti dan dilaksanakan terlebih dahulu agar ia dapat digubal serta dibentangkan mengikut tertib dan teratur berdasarkan kerangka Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: jenayah syariahRUU 355
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

[Sidang DUN] Bomoh, Sihir, Pengkid Diwarta Jenayah Syariah Di Terengganu

[Sidang DUN] Bomoh, Sihir, Pengkid Diwarta Jenayah Syariah Di Terengganu

01/12/2022
0

KUALA TERENGGANU : Amalan perbomohan dan sihir merupakan antara empat seksyen baharu yang diwujudkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)...

RUU 355, RUU Kawalan Tak Sekat Kebebasan Beragama

06/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd