• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Syor Perintah Darurat Terhadap Parlimen Gerik

oleh
19/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Perak mengesyorkan, perintah darurat turut dilaksanakan terhadap kawasan Gerik seperti Parlimen Batu Sapi, bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini. 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata ia adalah langkah paling sesuai dan tepat dalam memberi fokus kepada mengatasi pandemik COVID-19, berbanding memberi keutamaan kepada politik. 

“Saya langsung tidak pernah terlintas dalam kepala untuk memikirkan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan berkenaan.

“Apa yang penting sekarang, kita sedang berdepan dengan pandemik COVID-19 yang semakin membarah, secara peribadi perihal politik ini sebenarnya tidak menjadi keutamaan bagi diri saya,” katanya.

Beliau memberitahu sidang media pada Majlis Perasmian Pelancaran Program Projek Khas Tani Covid-19 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Ahmad Faizal berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentunya akan dimaklumkan mengenai kekosongan Parlimen Gerik oleh Speaker atau Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Mengikut undang-undang, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada notis kekosonga. 

“Proses itu akan berjalan tetapi mengambil pengajaran daripada titah Yang di-Pertuan Agong terhadap di Batu Sapi. Saya fikir mungkin perkara yang sama (darurat) boleh dilaksanakan terhadap Gerik,” katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi, Sabah, bagi mengelak pilihan raya kecil (PRK) sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak COVID-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, dilaporkan berkata titah itu dikeluarkan baginda selepas berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menasihati baginda berkenaan langkah itu.

Semalam Dewan Rakyat mengisytiharkan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Gerik kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata pemberitahuan itu selaras Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, susulan kematian penyandang kerusi Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman, pada Isnin lalu. – BH Online

Tags: Covid-19daruratParlimen Gerik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jika Darurat Tak Sesuai, Tunggu  Keadaan Global Stabil Sebelum Adakan PRN’

‘Jika Darurat Tak Sesuai, Tunggu Keadaan Global Stabil Sebelum Adakan PRN’

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menegaskan cadangan mengisytiharkan darurat supaya Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Ahli Parlimen DAP Cadang Isytihar Darurat Tangguh PRN ‘Bodoh’ – Akmal Saleh

Ahli Parlimen DAP Cadang Isytihar Darurat Tangguh PRN ‘Bodoh’ – Akmal Saleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas Ahli Parlimen DAP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd