• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaksanaan Semula GST Perlu Kajian Rapi

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kajian perlu dilaksanakan sebelum sistem percukaian, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula di negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan mengambil maklum cadangan pelbagai pihak termasuk pihak industri, ahli akademik dan orang awam supaya kerajaan memperkenalkan semula GST.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengambil kira kekuatan dan kelemahan sistem percukaian sedia ada dan GST yang pernah diperkenalkan pada 2014 termasuk membabitkan kesannya terhadap keseluruhan ekonomi dan sara hidup rakyat.

“Adalah menjadi kelaziman untuk kerajaan mengkaji keberkesanan sistem cukai kepenggunaan seperingkat (single tier consumption tax) yang diamalkan di Malaysia pada masa ini iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan berbanding dengan cukai kepenggunaan yang diamalkan oleh kebanyakan negara lain iaitu dalam bentuk cukai kepenggunaan nilai tambah (value-added consumption tax).

“Kesesuaian melaksanakan GST atau sebarang model cukai kepenggunaan perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk kekuatan dan kelemahan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekarang serta kekuatan dan kelemahan model GST yang dilaksanakan pada 2014. 

“Selain itu, kajian perlu untuk memastikan kesan keseluruhan pelaksanaan cukai-cukai ini ke atas ekonomi, kos sara hidup rakyat serta keupayaan cukai-cukai ini dalam menangani kegiatan ekonomi gelap,” katanya pada wawancara pra-belanjawan 2021 hari ini.

Perdana Menteri berkata, pihaknya faham dengan pendapat sesetengah pihak bahawa GST adalah sistem cukai yang efisyen dan memberi pungutan yang besar kepada negara berbanding dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Namun, katanya, ia perlu diperhalusi dengan Kementerian Kewangan sedang meneliti perkara itu dan kerajaan akan membuat pengumuman mengenainya.

Katanya, ia penting supaya wujud satu sistem percukaian yang adil dan tidak membebankan, sebaliknya lebih efisyen dan mampu dilaksanakan dengan baik. – BH Online

Tags: cukai barang dan perkhidmatanGST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

18/08/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai asas sistem...

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd