• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustapa Harap Biden Tumpu ASEAN, Tingkatkan Dagangan

oleh
09/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menzahirkan harapan tinggi agar Joe Biden yang baru memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) memberi lebih banyak perhatian terhadap rantau ASEAN.

Sambil menyambut baik kemenangan pemimpin Demokrat itu yang secara umumnya diterima baik oleh seluruh dunia, beliau berkata Biden juga perlu melakukan perubahan memandangkan presiden sebelum ini Donald Trump kurang menumpukan rantau ini.

“Kita harap beliau akan membawa perubahan. Umpamanya sebelum ini kita di Asia rasa terpinggir sedikit kerana melihat mungkin presiden sebelum ini tidak berapa memberi perhatian ke atas Asia Tenggara, khususnya ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual Ruang Bicara Khas bertajuk ‘Belanjawan 2021 : Agenda Ekonomi Untuk Rakyat’ terbitan Bernama TV, malam tadi.

Mengulas selanjutnya, Mustapa yang juga mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 2009 hingga 2018 juga berharap Biden akan berusaha untuk merancakkan perdagangan dunia tanpa mengenakan sekatan terutamanya barangan dari Malaysia serta negara-negara lain.

“Kita harap ketegangan akan berkurangan sama ada ketegangan ekonomi, perdagangan dan politik. Kita menaruh harapan yang tinggi dan mudah-mudahan hubungan Malaysia dan AS akan turut bertambah baik,” katanya.

Beliau berkata, ini penting sejajar kedudukan AS sebagai negara kuasa besar ekonomi dan ketenteraan serta menyumbang kira-kira 20 peratus kepada ekonomi dunia.

Dalam pada itu, menyentuh Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada Jumaat lepas, Mustapa menegaskan bahawa pembangunan untuk Sabah dan Sarawak akan terus diberi penekanan termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Malah, katanya, satu jawatankuasa sosioekonomi Sabah dan Sarawak bagi menangani kemiskinan akan ditubuhkan di bawah kendalian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili.

“Kita tahu kadar kemiskinan di Sabah dan Sarawak cukup tinggi. Jadi kita perlu melihat isu kemiskinan daripada kaca mata berbeza daripada dulu,” katanya.

Beliau menjelaskan, tempoh RMK-12 akan menyaksikan strategi-strategi berkesan dirangka untuk menangani masalah kemiskinan ini termasuk di negeri lain.

Dalam Belanjawan 2021, Sabah dan Sarawak akan menerima perbelanjaan pembangunan yang masing-masing berjumlah RM5.1 bilion dan RM4.5 bilion bagi tahun depan.

Ini antara lainnya bertujuan membina dan menaik taraf infrastruktur air, elektrik, jalan raya, kemudahan kesihatan serta pendidikan. – BERNAMA

Tags: ASEANJoe BidenMustapa Mohamedperdagangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Jamin Vaksin Covid-19 Adalah Halal

Next Post

Nahas Helikopter Pertama Babit Model Sama Di Asia Tenggara

Related Posts

Langkah Mudahkan Keanggotaan Timor-Leste Ke Dalam Instrumen Undang-Undang ASEAN Diterima

Langkah Mudahkan Keanggotaan Timor-Leste Ke Dalam Instrumen Undang-Undang ASEAN Diterima

25/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) sepakat menerima garis panduan bagi memudahkan penyertaan Timor-Leste ke dalam Instrumen Undang-Undang blok...

ASEAN Boleh Jana Potensi Ekonomi AS$$2.3 Trilion Dengan Manfaatkan Bakat Wanita – Tengku Zafrul

ASEAN Boleh Jana Potensi Ekonomi AS$$2.3 Trilion Dengan Manfaatkan Bakat Wanita – Tengku Zafrul

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Langkah memanfaatkan bakat daripada 334 juta wanita di seluruh ASEAN menerusi pendidikan, akses kepada peluang dan dasar yang...

Next Post

Nahas Helikopter Pertama Babit Model Sama Di Asia Tenggara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd