• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Moratorium Tersedia Untuk Semua Yang Terkesan

oleh
26/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 700,000 permohonan diterima Bank Negara Malaysia dan institusi perbankan melalui program lanjutan moratorium dan bantuan bayaran balik pinjaman bermula Oktober lalu. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu sebanyak 98 peratus peminjam menerima bantuan moratorium.

“YB (Yang Berhormat) Pekan, Pontian, Port Dickson, Bagan Datuk, Arau, Kota Melaka, Pasir Gudang, Pasir Salak, Jerlun dan Labuan mencadangkan supaya kerajaan melanjutkan moratorium selama enam bulan secara pukal.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Pertamanya, saya menegaskan moratorium pinjaman bank bukan hanya untuk sebilangan kecil rakyat tetapi tersedia untuk semua rakyat Malaysia yang terkesan tidak kira sama ada daripada golongan B40, M40 atau T20, semuanya layak mendapat bantuan dalam bentuk penangguhan, pengurangan atau penjadualan semula pinjaman.

“Golongan B40 mendapat lanjutan moratorium bank secara automatik manakala peniaga kecil mendapat lanjutan moratorium bank secara automatik,” katanya dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini. 

Menurutnya, golongan M40 pula hanya perlu buat pengisytiharan sendiri tanpa perlu dokumen dan rakyat yang tidak tergolong dalam segmen di atas masih boleh mendapatkan moratorium dengan memohon kepada pihak bank masing-masing.

“Prinsip utama di sini adalah tanggungjawab dan keadilan. Adakah adil mereka yang kaya dan lebih dari mampu untuk membayar hutang diberikan moratorium? Bukankah lebih baik mereka membayar hutang supaya duit ini masuk ke sistem perbankan untuk menjana lebih banyak pinjaman khususnya kepada perniagaan dan industri yang menampung dan mencipta pekerjaan untuk rakyat? Inilah antara sebabnya mereka yang mampu, wajar membayar balik pinjaman mereka.

“Ahli-ahli Yang Berhormat, sehubungan dengan Pakej Prihatin, Malaysia menjadi negara pertama di dunia di mana institusi perbankannya memberikan moratorium automatik kepada semua peminjam bank dengan nilai yang dianggarkan adalah hampir RM100 bilion untuk enam bulan,” katanya. 

Menurutnya, dalam Belanjawan 2021 pula, bantuan itu ditambahbaik lagi sekali buat golongan B40, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro dan M40 yang terkesan. 

“Ini selaras dengan saranan YB Pekan, Bagan Datuk, Pontian, Kota Melaka, Pasir Gudang, Semporna, Jelebu, Parit, Jempol dan Kuala Kedah supaya sokongan diberikan kepada golongan ini.

“Menurut Bank Negara, pada Oktober, sekitar 85 peratus peminjam bank menyambung semula bayaran balik pinjaman mereka, namun kerajaan sedar masih ada kebimbangan membiayai hutang disebabkan penularan wabak Covid-19. 

“Oleh itu, bergerak ke hadapan, kerajaan memberi komitmen akan terus mengadakan libat urus bersama institusi perbankan dan memastikan ketersediaan untuk membantu rakyat dan perniagaan sekiranya keadaan bertambah mencabar,” katanya. – myMetro Online

Tags: bayaran balik pinjamanmoratorium
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Tiga Bank Setuju Beri Moratorium Kepada Mangsa Banjir – PM

Tiga Bank Setuju Beri Moratorium Kepada Mangsa Banjir – PM

07/03/2023
0

Kuala Lumpur : Tiga buah bank bersetuju untuk memberikan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir di Johor. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd