• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Di Tengah Jalan Bangsar Ada Kesan Tetak

oleh
19/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menemui beberapa kesan tetakan pada mayat yang ditemui terbaring di tengah jalan raya di Jalan Bangsar menghala ke Pantai Dalam di sini, pagi tadi.

Polis pada awalnya menerima laporan kejadian daripada orang awam pada jam 5.38 pagi, sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi dan menemui mangsa dalam keadaan cedera serta tidak sedarkan diri terbaring di atas jalan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh petugas ambulans dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi, berkata siasatan awal polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa namun dianggarkan berusia lingkungan 30-an.

“Siasatan lanjut oleh pihak forensik di tempat kejadian menemui kesan kecederaan di beberapa bahagian anggota badan mangsa dipercayai akibat senjata tajam.

“Mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai bunuh. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif pembunuhan selain mengesan waris serta latar belakang mangsa.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau mangsa atau ada kehilangan ahli keluarga, boleh menghubungi pihak polis di talian 03-22979222 untuk membantu siasatan.

Terdahulu, polis menutup laluan di Jalan Bangsar bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di lokasi susulan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh, pagi tadi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu ciapan Twitter di ITIS DBKL, memaklumkan penutupan jalan berkenaan pada jam 7.20 pagi.

Laluan berkenaan kemudian dibuka semula untuk lalu lintas pada jam 8.25 pagi sebaik siasatan polis di lokasi selesai. – BH Online

Tags: Jalan BangsarMayattetakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd