• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mark Adam Antara Yang Dipanggil SPRM

oleh
05/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon popular, Mark Adam mengakui dihubungi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.

Mark ketika dihubungi berkata, keterangan diambil berkaitan pembabitannya dengan perniagaan minuman Bubblebee di cawangan Kompleks PKNS, Shah Alam.

“Saya dihubungi SPRM pada hari Selasa jam 11 pagi. Ketika itu saya dalam perjalanan ke lokasi penggambaran di Sungai Buloh. Pihak SPRM memberitahu mereka ingin berjumpa dengan saya untuk mengambil keterangan berkaitan pembabitan dengan Bubblebee di cawangan Kompleks PKNS Shah Alam,” katanya.

Mark berkata, dia tidak berjumpa SPRM di ibu pejabat mereka di Putrajaya, tetapi mereka yang datang berjumpanya di lokasi penggambaran itu pada jam 11.40 pagi dan dia memberi keterangan seperti yang diminta. 

Ditanya mengenai pembabitannya dalam perniagaan minuman itu, Mark berkata, dia belum menandatangani sebarang perjanjian.

“Untuk cawangan Bubblebee di Kompleks PKNS itu, kami belum menandatangani sebarang dokumen, sebaliknya hanya sekadar mempromosikan premis di laman sosial. Kami juga belum terima sebarang bayaran daripada pihak Bubblebee,” katanya.

Terdahulu, pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad, 37, turut mengesahkan dia antara individu yang tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, kelmarin, bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.

Nabil berkata, tiada apa-apa yang berlaku kerana dia tidak terbabit dengan kes ini.

Sebelum ini dilaporkan lima selebriti termasuk seorang wanita terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pengacara tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM. – myMetro Online

Tags: bubblebeeMark AdamPengubahan Wang HaramSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd