• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Lakar Sejarah Baharu Dialog CEO APEC

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia menyempurnakan peranannya sebagai hos Dialog CEO Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020, selepas persidangan dalam talian berlangsung selama 25 jam membabitkan pemimpin utama APEC berakhir pagi tadi.

Penganjuran Dialog CEO APEC 2021 akan dipengerusikan oleh New Zealand, yang dijadualkan berlangsung pada November tahun depan.

Pengerusi Dialog CEO APEC 2020, Datuk Ruben Gnanalingam, berkata Dialog CEO APEC 2020 yang dihoskan Malaysia adalah yang pertama dianjurkan secara maya, sekali gus menjadi dialog paling lestari setakat ini.

“Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada semua yang menjadi sebahagian daripada sidang dialog maya pertama ini terutama Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin utama APEC, pemimpin perniagaan dan moderator yang menyertai sidang.

“Terima kasih kepada semua yang terbabit kerana menjadi sebahagian daripada acara ini,” katanya.

Beliau kemudiannya menyerahkan peranan hos kepada Pengerusi Sidang Kemuncak CEO APEC 2021, Barbara Chapman.

Sementara itu, Chapman dalam ucapan awal sebaik menerima tugas sebagai Pengerusi Dialog CEO APEC 2021 berkata, New Zealand turut merancang untuk mengadakan sidang dialog secara maya tahun depan.

Katanya, Dialog CEO APEC adalah acara yang unik di rantau ini yang menggabungkan pemimpin APEC, usahawan, CEO dan pemimpin pemikir.

“APEC New Zealand akan menggunakan pendekatan ‘Join, Work, Grow Together’. Idea ini berkait rapat dengan perniagaan dan kerajaan, di mana sebagai negara yang dikelilingi Lautan Pasifik, pastinya sukar untuk bersemuka bersama

“APEC adalah blok ekonomi paling dinamik di dunia yang merangkumi 38 peratus populasi dunia dan mewakili 47 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia,” katanya.

Mengulas mengenai ‘Join, Work, Grow Together’, Chapman berkata, pendekatan itu akan membantu negara APEC membina semula dan pulih dari krisis yang dicetuskan oleh COVID-19.

“Perkembangan pemulihan ekonomi dan pertumbuhan akan dapat disaksikan dalam pelbagai bidang. Bekerja bersama-sama akan memastikan pembinaan semula ekonomi menjadi lebih mampan.

“Saya melihat pendigitalan juga akan memacu produktiviti dan mewujudkan perancangan inklusif,” katanya. – BH Online

Tags: Asia PasifikDialog CEO APEC 2020Ekonomi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

23/07/2026
0

JELEBU - "Insya-Allah kita akan memikul amanah ini dan membawa rakyat ke arah satu hala tuju yang boleh menyelesaikan, kalau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd