• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Polis Terhadap Namewee Berhubung Poster Filem

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee, berkenaan poster filem terbaharunya yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum.

Laporan polis itu dibuat Ahli Unit Penerangan Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan, Mohammad Azwan Azmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada pukul 11.07 pagi.

Mohammad Azwan berkata laporan polis dibuat kerana poster filem bertajuk ‘BABI’ itu mengandungi perkataan ‘Melayu Bodoh’, ‘India Keling’ dan ‘Cina Babi’.

“Penghinaan dan provokasi ini dilihat amat keterlaluan dan merupakan satu tindakan kurang ajar serta biadap, dibimbangi menimbulkan ketegangan antara kaum di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Beliau berkata pihaknya turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyekat kandungan berkaitan filem tersebut daripada diakses oleh rakyat Malaysia melalui Facebook, YouTube dan Instagram miliknya. – BERNAMA

Tags: laporan polisNameweePoster Filem
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ketua Pengarah AKPS Buat Laporan Polis Susulan Video Tular Insiden Di KLIA

Ketua Pengarah AKPS Buat Laporan Polis Susulan Video Tular Insiden Di KLIA

01/10/2026
0

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain membuat laporan polis...

PMO Buat Laporan Polis Surat Palsu Kelulusan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta

PMO Buat Laporan Polis Surat Palsu Kelulusan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa Jemaah Menteri meluluskan cadangan Projek...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd