• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Diminta Lebih Fleksibel Benar Pengeluaran Akaun 1

oleh
09/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkata beliau telah menasihati Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar lebih fleksibel untuk membenarkan lebih ramai pencarum mengeluarkan simpanan mereka daripada Akaun 1.

“Saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan KWSP hari ini dan mereka telah berjanji untuk mengumumkan mengenai cara hendak mengeluarkan dan siapa yang akan layak mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 1.

“Nasihat saya kepada pihak pengurusan KWSP adalah untuk memperluaskan (lebih daripada sasaran) dan fleksibiliti kepada lebih ramai pencarum dapat mengeluarkan (simpanan mereka),” katanya dalam satu wawancara khas bersama Buletin Utama TV3, disini, malam tadi.

Tengku Zafrul berkata permintaan itu dibuat selepas mendengar keluhan rakyat mengenai pengumuman bahawa hanya pengeluaran bersasar diberikan kepada Akaun 1.

Sebelum ini KWSP telahpun memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500  sebulan selama tempoh 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000. 

Skim itu telah memanfaatkan kira-kira 4.7 juta ahli dengan nilai RM11.6 bilion. 


Semasa Belanjawan 2021, Tengku Zafrul telah mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban kewangan ahli-ahli yang terjejas.

Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 itu, jumlah keseluruhan pengeluaran adalah sebanyak RM12,000. – BERNAMA

Tags: KWSPTengku Zafrul Tengku Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hasil Petronas Bukan Duit ‘Free’ Kena Bayar Hutang, Tampung Operasi

Hasil Petronas Bukan Duit ‘Free’ Kena Bayar Hutang, Tampung Operasi

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hasil Petronas tidak boleh digunakan sepenuhnya oleh kerajaan untuk menampung pemberian subsidi minyak kerana ia bukan wang...

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd