• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Li Saran UMNO Kaji Semula Hubungan Dengan Bersatu, PAS

oleh
17/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat parti itu wajar mengkaji semula hubungannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS dalam Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, hubungan berkenaan tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada rakyat dan negara kerana matlamat masing-masing seakan-akan sama sehingga boleh mencetuskan pergaduhan.

“Jadi, apa untung kita (UMNO) dengan parti Bersatu? Apa untung kita berpakat dengan PAS?

“Masing-masing seakan mempunyai matlamat yang sama, akhirnya kita tak boleh nak bersatu,” katanya menerusi portal The Malaysian Insight hari ini.

Pemimpin veteran UMNO itu yang turut dikenali sebagai Ku Li menegaskan bahawa konflik yang bakal berlaku itu tidak membawa keuntungan kepada rakyat dan negara.

Tegasnya, UMNO perlu berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa sebarang tindakan.

“Jangan kita nak adakan himpunan besar, nak berseronok, maka kita adakan pakatan seumpama itu sehingga di pengakhirannya kita tak boleh memberi natijah yang baik kepada rakyat.

“Jadi, saya rasa eloklah kita kaji semula hubungan ini,” katanya.

Pada masa sama, Tengku Razaleigh turut mempersoalkan pimpinan UMNO kerana parti itu tidak memegang lebih banyak jawatan menteri atau diberi peranan portfolio utama dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, UMNO sepatutnya menguasai kerajaan kerana ia parti yang terbesar dalam blok kerajaan walaupun kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sehubungan itu, katanya, UMNO perlu merampas semula kerusi Parlimen Pagoh milik Muhyiddin dan Parlimen Langkawi yang dipegang Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bukan kerana kita besar kepala atau nak jadi ketua, tetapi kita adalah golongan terbesar dan parti yang tertua.

“Selain mempunyai pengaruh di merata-rata tempat, perkara ini juga ada kaitannya dengan perjuangan dan wajar diberi pimpinan.

“Mana kerusi kita dulu kita kekal, tidak ada nak runding-runding lagi. Apa nak runding, kerusi kita,” katanya. – Sinar Harian

Tags: BERSATUPASTengku Razaleigh HamzahUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

13/06/2026
0

TANAH MERAH - Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menubuhkan parti baharu dikenali sebagai...

Bersatu Kesal PAS Cuba Rampas PN Yang Diasaskan Muhyiddin

Bersatu Kesal PAS Cuba Rampas PN Yang Diasaskan Muhyiddin

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoalkan tindakan PAS yang didakwa berusaha merampas Perikatan Nasional (PN) walaupun gabungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd