• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Yakin Dapat Kurangkan Impak Krisis COVID-19

oleh
06/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan yakin dapat mengurangkan impak krisis COVID-19 berikutan asas ekonomi negara yang kukuh, kepelbagaian struktur ekonomi serta langkah proaktif yang dilaksanakan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun begitu menurutnya, impak sosioekonomi berikutan pandemik dijangka akan berlanjutan sehingga tahun depan.

“Justeru, Belanjawan 2021 akan terus memberi tumpuan untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan dengan melaksanakan langkah-langkah bagi mengatasi kesan pandemik terhadap ekonomi secara keseluruhan.”

“Insya-Allah, pertumbuhan ekonomi dijangka kembali pulih pada 2021,” kata Muhyiddin dalam kata pengantar Laporan Tinjauan Ekonomi 2021 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan hari ini.

Kata pengantar Muhyiddin di dalam laporan itu bertajuk “Menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan rakyat.”

Beliau berkata, krisis ini telah membuka peluang untuk melihat secara mendalam, menilai semula keutamaan dan menetapkan semula sasaran negara.

“Melangkah ke hadapan, kita akan terus memperkasa dan menyusun semula ekonomi bagi memastikan kemampanan masa depan dan kemakmuran bersama dan kebiasaan baharu. Inilah aspirasi kita untuk memacu ekonomi ke arah trajektori pertumbuhan yang lebih tinggi dan inklusif,” katanya.

Muhyiddin seterusnya menegaskan bahawa kerajaan ini komited berkhidmat untuk rakyat dan memastikan kesejahteraan semua serta menyokong perniagaan untuk terus berkembang.

“Insya-Allah, kita akan dapat mencapai aspirasi ini sekiranya kita semua bekerjasama dengan erat,” kata Perdana Menteri dan menambah, rakyat Malaysia telah berganding bahu dengan beraninya dalam mendepani krisis kesihatan ini.

Sejak awal penularan pandemik ini katanya, kerajaan bertekad untuk “menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan rakyat.”

“Kerajaan berusaha untuk menanganinya melalui pendekatan yang memfokuskan kepada tiga tonggak iaitu melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan akhirnya memperkukuh ekonomi,” katanya sambil melahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang telah menyelamatkan banyak nyawa dan meletakkan sistem penjagaan kesihatan Malaysia sebagai antara terbaik di dunia.

Menurut beliau, ketiga-tiga tonggak itu telah diterjemahkan  dalam semua pakej rangsangan ekonomi yang telah dilancarkan sepanjang tahun ini.

Kerajaan katanya, telah melancarkan beberapa siri pakej rangsangan ekonomi merangkumi langkah fiskal  dan bukan fiskal berjumlah RM305 bilion.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion telah dilancarkan pada Mac 2020 disusuli dengan PRIHATIN PKS+ bernilai RM10 bilion pada April, manakala pada Jun kerajaan telah mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) berjumlah RM35 bilion.

Perdana Menteri berkata, terkini adalah pakej tambahan sebanyak RM10 bilion menerusi Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN (KITA PRIHATIN) pada September.

Muhyiddin juga berkata, LAKSANA telah ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan untuk memastikan semua program rangsangan ekonomi dilaksanakan dengan pantas dan memanafaatkan golongan sasar secara berkesan. – BERNAMA

Tags: Covid-19ekonomi negara
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd