• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Kurangkan Kadar Tol

oleh
27/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sedang mengkaji berbagai inisiatif dan kaedah bagi mengurangkan kadar tol di lebuh raya di Malaysia.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kementerian itu juga membenarkan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya mencadangkan kaedah penstrukturan semula kewangan syarikat bagi tujuan pengurangan kadar tol.

Menurutnya, semua cadangan-cadangan berhubung perkara itu akan dibincangkan di antara Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan, Unit Kerjasama Awam & Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi yang berkaitan bagi mencapai keputusan secara holistik.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Memorandum Jemaah Menteri (MJM) Bersama Hala tuju Industri Lebuh raya Bertol di Malaysia di antara Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan dan Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri dijangka akan dibentangkan kepada jemaah menteri untuk pertimbangan dan kelulusan pada pertengahan November ini bagi tujuan ini,” katanya di Dewan Rakyat.

Fadillah menjawab pertanyaan Gobind Singh Deo (PH- Puchong) yang meminta kementerian itu menyatakan apakah tindakan kerajaan untuk mengurangkan kadar tol di seluruh negara.

Awal minggu ini, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menegaskan kerajaan akan perlu menanggung pembiayaan beratus bilion ringgit jika bercadang mengambil alih semua lebuh raya di negara ini, dan langkah itu bukanlah tindakan yang wajar.

Semasa sesi penggulungan itu, Fadillah berkata, terdapat lapan lebuh raya yang layak untuk menaikkan kadar tol pada tahun hadapan, tetapi kenaikan itu masih belum dimuktamadkan.

Lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Link Kedua, Lebuhraya Utara Selatan Lingkaran Tengah (Elite), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Selat Klang Utara (NNKSV). – Sinar Harian

Tags: kadar tollebuh raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd