• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Laksana Kajian NEP Tentukan Dasar Sektor Tenaga

oleh
12/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri akan melaksanakan Kajian Dasar Tenaga Negara (NEP)) bertujuan untuk menentukan dasar dan arah tuju strategik jangka masa panjang bagi sektor tenaga negara. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kajian ini antara lainnya akan menyentuh cabaran dalam sektor tenaga termasuk bagi industri minyak dan gas. 

“Hasil kajian ini akan mengenal pasti peluang pertumbuhan baharu dengan mengambil kira trend peralihan tenaga serta cabaran trilemma tenaga yang menekankan keseimbangan dasar bagi mencapai jaminan, kemampuan dan kelestarian bekalan tenaga. 

“Kajian NEP ini dijangka dilancarkan pada suku pertama 2021,” katanya dalam Jawapan Bertulis pada sesi persidangan Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Banda Baharu) yang meminta menyatakan kerugian semasa Petronas, punca serta strategi mengatasinya.

Mustapa berkata kumpulan Petronas mencatatkan kerugian selepas cukai (LAT) sebanyak RM21 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2020, berbanding keuntungan selepas cukai (PAT) RM14.7 bilion dalam tempoh yang sama pada 2019. 

Kerugian itu, katanya, disebabkan oleh pendapatan rendah dan rosot nilai terhadap aset yang ketara berikutan penurunan harga minyak ekoran permintaan lemah akibat penularan pandemik COVID-19 dan keadaan lebihan bekalan dalam pasaran.

“Pada suku kedua 2020, harga minyak mentah Brent terus jatuh ke paras purata sekitar AS$29.20 setong berbanding AS$68.83 setong pada suku kedua 2019,” katanya

Bagi strategi tempoh jangka masa panjang, Mustapa berkata, Petronas akan terus fokus dalam melaksanakan strategi pertumbuhan serampang tiga mata iaitu memaksimumkan penjanaan tunai, memperluas perniagaan teras dan menggiatkan usaha mengekalkan organisasi dalam mengharungi perubahan serta memastikan kemampanan jangka panjang syarikat melalui penglibatan dalam peluang perniagaan baharu. 

“Petronas juga akan terus meninjau peluang dan portfolio perniagaan baharu bagi memantapkan lagi daya tahannya dalam berdepan persekitaran pasaran global yang amat mencabar terutamanya dalam tenaga boleh baharu seperti solar dan tenaga angin,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dasar Tenaga NegaraMustapa Mohamedunit perancang ekonomi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dasar Tenaga Negara Dilancarkan Hari Ini

Dasar Tenaga Negara Dilancarkan Hari Ini

19/09/2022
0

PUTRAJAYA : Dasar Tenaga Negara (DTN) 2022-2040 yang dilancarkan hari ini, mengambil kira perkembangan serta cabaran dalaman dan luaran, demi...

Malaysia Tak Lagi Bina Loji Jana Kuasa Arang Batu – PM

12/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan berpendirian untuk tidak lagi membina loji jana kuasa arang batu yang baharu sebaliknya memberi tumpuan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd