• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Tenaga Negara Dilancarkan Hari Ini

oleh Mohd Arshad
19/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dasar Tenaga Negara Dilancarkan Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Dasar Tenaga Negara (DTN) 2022-2040 yang dilancarkan hari ini, mengambil kira perkembangan serta cabaran dalaman dan luaran, demi memastikan sektor tenaga dapat terus membangun dengan mampan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata visi DTN iaitu Kemampanan Tenaga untuk Mencapai Kemakmuran Bersama disokong tiga objektif.

Beliau berkata, tiga objektif itu adalah meningkatkan daya tahan ekonomi makro dan jaminan bekalan tenaga; mencapai kesaksamaan sosial menerusi mampu bayar tenaga; dan memastikan kelestarian alam sekitar.

Katanya, selain terpaksa menanggung subsidi tenaga dijangka sebanyak RM37.3 bilion bagi petrol, diesel dan gas cecair asli (LPG), kemelut pandemik dan ketidaktentuan geopolitik dunia, serta isu perubahan iklim yang serius turut memberi kesan kepada harga bahan api dan peralihan kepada tenaga yang lebih mampan.

“Di sebalik keadaan ini, kerajaan terus bersikap prihatin dan memberi jaminan bahawa Keluarga Malaysia akan terus mendapat akses kepada bekalan tenaga yang terjamin pada harga mampu bayar.

“Pada masa sama, satu penyelesaian holistik amat diperlukan bagi menjamin bekalan tenaga, kemampanan alam sekitar dan kemakmuran Keluarga Malaysia selain menggalak daya saing dan inovasi dalam industri serta merancakkan pertumbuhan ekonomi,” katanya ketika melancarkan DTN 2022-2040, petang ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ismail Sabri berkata, DTN juga akan memperkemas dan mengharmoni pelbagai dasar berkaitan tenaga sedia ada bagi memastikan sektor itu terus kalis cabaran pada masa hadapan.

Beliau berkata, tiga objektif berkenaan bakal mengimbangi trilema tenaga yang sejajar dengan matlamat utama Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan juga Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

-Berita Harian

Tags: Dasar Tenaga Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Tak Lagi Bina Loji Jana Kuasa Arang Batu – PM

12/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan berpendirian untuk tidak lagi membina loji jana kuasa arang batu yang baharu sebaliknya memberi tumpuan kepada...

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd