• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Kaji Gesaan Teruskan Moratorium

oleh
04/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengkaji kaedah bagi memudah cara proses bagi membantu pihak yang benar-benar memerlukan sokongan susulan gesaan supaya kemudahan moratorium kewangan diteruskan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan sememangnya menerima banyak maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung keperluan untuk melanjutkan kemudahan moratorium terutama bagi mereka yang terjejas dengan keadaan ekonomi ketika ini serta penularan COVID-19.

“Moratorium banyak berkaitan dengan bank yang dikawal selia oleh Bank Negara dan ia bukan peruntukan kerajaan.

“Ada desakan supaya ia diteruskan lagi, jadi tentulah perlu kita berbincang dengan Bank Negara dan Persatuan Bank di Malaysia sama ada boleh dipertimbangkan,” katanya pada Wawancara Perdana Menteri, hari ini.

Muhyiddin berkata, hampir semua peminjam di negara ini menggunakan kemudahan moratorium yang mengurangkan dana untuk mereka yang benar-benar memerlukan.

“Tambahan, moratorium juga mengurangkan dana institusi bank yang dapat digunakan untuk mengeluarkan pinjaman baharu. Dengan itu, Kerajaan mengambil langkah untuk beralih kepada pendekatan yang lebih bersasar,” katanya.

Selain itu, katanya, setakat 16 Oktober lalu, lebih 650,000 permohonan bantuan bayaran balik pinjaman iaitu terdiri daripada 603,500 permohonan daripada individu, 43,000 permohonan daripada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS), dan 3,500 permohonan daripada perniagaan lain, telah diterima dengan kadar kelulusan sebanyak 98 peratus.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, nilai keseluruhan bayaran balik pinjaman mencecah 70 peratus daripada jumlah sebelum tempoh moratorium pinjaman secara menyeluruh, setakat September lalu, biarpun ketika itu tempoh moratorium secara menyeluruh selama enam bulan masih berkuatkuasa. – BH Online

Tags: belanjawan 2021Covid-19moratorium
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd