Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Kucing Masih Hidup Lepas...

Pernah dengar mitos kononnya kucing punyai sembilan nyawa?Kalaulah ia benar, maka kemungkinan besar...

Video: Berita Pelik, Pembaca...

SEBAGAI seorang pembaca berita, mereka perlu serius dalam penyampaian berita agar maklumat yang...

2 Cedera Parah Ditetak...

GEORGE TOWN - Empat lelaki berusia antara 23 dan 44 tahun ditahan semalam...

Larangan Rakyat Malaysia Ke...

PUTRAJAYA - Wisma Putra hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi melarang rakyat negara untuk...

Kasih Dan Lembu ‘Bagai Isi Dengan Kuku’

REMBAU – Di kala kanak-kanak seusianya leka menonton rancangan kartun di televisyen, mahupun permainan lain, namun tidak bagi Kasih Atikah Basri, yang begitu lincah dan tidak kekok mengendalikan lebih 50 ekor lembu seperti seorang yang berpengalaman.

Malah, keakraban kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun bersama lembu-lembu berkenaan boleh diibaratkan ‘bagai isi dengan kuku’.

Kasih Atikah atau lebih mesra dipanggil Kasih atau ‘Adik’ dalam kalangan keluarganya, sering mengikuti bapanya, Basri Ibrahim, 41 dan bapa saudaranya Kamarudin Ibrahim, 31 ke kandang kerbau dan lembu di Kampung Chembong Kecil di sini sejak kecil sebelum menunjukkan minat bermain dan bermesra dengan haiwan itu pada usia enam tahun.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata dia juga tidak kisah untuk membersihkan najis lembu dan memberi mereka makan kerana hubungannya dengan haiwan itu sangat rapat, selain turut menganggap haiwan itu seperti ‘kawan baiknya’.

“Saya memang mesra dengan semua lembu di sini, tetapi yang paling rapat adalah dengan lembu kelainan upaya, bernama ‘Serong’ yang berumur lebih setahun, memang betul-betul sayang.

“Saya panggil aje memang dia terus datang, biasanya (saya) bawa air garam. Serong istimewa bagi saya, memang dijaga lebih berbanding yang lain kerana kaki dia tidak dapat berjalan dengan baik jadi dia kurang bergaul dengan lembu yang lain,“ katanya ketika ditemui Bernama, di sini, hari ini.

Tanpa ada rasa takut terhadap segerombolan lembu berkenaan, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Sepri itu berkata beliau lebih banyak menghabiskan masa dengan lembu itu bersama kakaknya, Zohaika Basri, 15, dan dua orang sepupunya, Aidil Adha Bakari, 12 dan Nur Umairah Bakari, tiga tahun.

Kasih yang bercita-cita menjadi doktor haiwan itu berkata beliau tidak kisah jika ada rakan-rakan mengejeknya kerana terlalu akrab dan sering berada di ladang ternakan untuk menguruskan lembu berkenaan.


Dalam pada itu, Kamarudin atau dipanggil Pak Su, dalam kalangan anak saudaranya, berkata, sebelum ini anak saudaranya itu sering mengikutinya ke kawasan kandang pada sebelah petang selepas sesi pembelajaran di sekolah.

Bagaimanapun, berikutan penutupan sekolah akibat pandemik COVID-19, Kasih akan ke kandang itu pada sebelah pagi dan petang setiap hari untuk bermain dan membantu menghambat lembu ternakan mereka pulang ke kandang.

“Pada peringkat awal, kami tanya juga tak takut ke, tetapi Kasih tetap berkeras untuk ikut. Jadi kita biarkan sahaja, lama-kelamaan dia makin rapat. 

“Dia mungkin seronok sebab lembu-lembu ini bila dipanggil akan datang kepada dia, sebab tu Kasih suka bermain, setiap daripada mereka juga ada nama-nama tertentu seperti Merah, Putih, Gajah dan Hitam,” katanya.

Kamarudin turut meluahkan rasa bangganya apabila anak saudaranya sanggup menguruskan haiwan ternakan dan meluangkan masa di ladang berbanding melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Katanya, beliau mengusahakan ternakan lembu baka kampung milik keluarga di tanah berkeluasan 0.404 hektar bersama dua lagi abangnya dan selain lembu, mereka turut mempunyai 100 ternakan lain, termasuk kambing dan kerbau. – BERNAMA

Kategori