• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu, Bapa, Adik, Pembantu Peribadi Alif Satar Positif Covid-19

oleh
23/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibu, bapa, adik bongsu dan pembantu peribadi Alif Satar turut disahkan positif Covid-19 hari ini selepas penyanyi dan pelakon popular itu disahkan positif wabak itu, semalam.

Pengurus Alif, Adlina Abu Bakar ketika memaklumkan perkara itu berkata, ibu bapa Alif, Nor Hafiza Muhammed, Mohamed Satar Ramli dan adiknya yang dikenali sebagai Jim menjalani ujian saringan, kelmarin. 

Alif kini dirawat dan menjalani kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Menurut Adlina, isteri Alif, Sha Dila Hadid dan anak-anak mereka iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, juga sudah menjalani ujian swab hari ini dan sedang menunggu keputusan.

Bagaimanapun, Adlina bersyukur apabila keputusan ujian swab yang diterimanya hari ini negatif selepas melakukan ujian itu kelmarin.

“Alhamdulillah keputusan saya, kumpulan The Locos serta jurutera audio peribadi yang terbabit pada hari pertama separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) negatif. Namun sebagai langkah berjaga-jaga kami akan kekal berada di rumah untuk menjalani proses kuarantin selama 14 hari.

“Saya enggan mengambil sebarang risiko dan berharap rantaian wabak ini dapat diputuskan dengan segera. Saya juga berharap rakan-rakan artis, kru produksi serta mana-mana individu yang mempunyai kontak rapat dengan kami juga terhindar daripada wabak ini,” katanya.

Menurut Adlina, ketika ini Alif memohon doa orang ramai supaya isteri dan anak-anaknya tidak dijangkiti wabak terbabit dan segala urusan dipermudahkan.  

“Terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan dan memberi sokongan moral. Alif pesan kepada saya dan berharap semua orang mendoakan agar isteri dan anak-anaknya dijauhkan dari Covid-19 sebab mereka baru saja menjalani ujian saringan pagi tadi. 

“Kita sama-sama doakan semoga kesihatan Alif akan segera pulih. Saya meminta jasa baik semua pihak supaya tidak menyebarkan kebencian atau fitnah ketika Alif sedang berdepan ujian,” katanya. – myMetro Online

Tags: alif satarCovid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anggota JIM Ditahan Turut Serta Kongsi Gelap Terkenal

Next Post

Kritik Polis Boleh Tapi Jangan Fitnah

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post

Kritik Polis Boleh Tapi Jangan Fitnah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd