• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Terus Gesa Kerajaan Lanjutkan Moratorium

oleh
09/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) akan terus menggesa kerajaan supaya melanjutkan moratorium pinjaman sehingga berjaya, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau turut mempersoalkan mengapa moratorium pinjaman pukal tidak dilanjutkan sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terus dilanjutkan.

“Sebab apa PKPB boleh dilanjutkan berkali-kali tapi moratorium pinjaman automatik tidak boleh dilanjutkan secara pukal sekali – terutamanya untuk peminjam M40 sedangkan bank-masih catat keuntungan.

“Kerajaan kena fikir perkara ini. BN akan terus lawan (tuntut) sampai dapat,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pembentangan Belanjawan 2021, Jumaat lalu mengumumkan hanya golongan kategori B40 dibenarkan untuk memilih dari dua pilihan sekiranya mereka menghadapi masalah untuk membayar pinjaman.

Beliau berkata, golongan B40 boleh memilih moratorium tiga bulan atau mengurangkan pembayaran ansuran bulanan mereka sebanyak separuh selama enam bulan. – Sinar Harian

Tags: Barisan Nasionalmoratorium
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd