• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Adakan Mesyuarat Khas Bincang Belanjawan 2021

oleh
03/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli Parlimen parti itu dipercayai untuk membincangkan tentang sokongan terhadap Belanjawan 2021 di Menara Dato’ Onn di sini petang ini.

Difahamkan mesyuarat yang bermula jam 3.30 petang tadi itu turut dihadiri Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Antara pemimpin yang paling awal tiba adalah Ahli Parlimen Tenggara yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba iaitu pada kira-kira jam 3 petang.

Ia disusuli Pengerusi Lembaga Penasihat BN yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba kira-kira jam 3.20 petang.

Pemimpin lain yang turut hadir adalah Ahli Parlimen Sembrong merangkap Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Mesyuarat itu berlangsung kira-kira sejam sebelum kebanyakan ahli Parlimen dilihat meninggalkan bangunan itu mulai jam 4.30 petang.

Belanjawan 2021 dijangka akan dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sidang Dewan Rakyat, Jumaat ini.

Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) telah mengadakan mesyuarat sama pada 29 Oktober lalu diikuti Perikatan Nasional (PN) pada Ahad lalu. – Sinar Harian

Tags: Barisan Nasionalbelanjawan 2021
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pantun empat kerat yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berkempen sempena Pilihan Raya...

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd