• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arah Polis Kesan, Tangkap 400 Individu Larikan Diri

oleh
12/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah diarahkan untuk mengesan dan menahan 400 individu termasuk majikan yang bersubahat ‘menyembunyikan’ pekerjanya daripada menjalani saringan Covid-19 selepas Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya sudah berbincang dengan PDRM dan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju memberi arahan kepada PDRM mengesan mereka ini serta menahan seperti dilakukan ketika PKPD di Selangor Mansion dahulu.

Menurutnya, apabila Selangor Mansion dahulu dikenakan PKPD, pekerja di situ melarikan diri dan polis bertindak menahan mereka namun kali ini agak mudah kerana difahamkan ada majikan yang terbabit bersubahat membawa lari pekerjanya dengan bas.

“Lebih mudah kepada PDRM untuk mengesan mereka dan kita sudah putuskan tindakan bukan sahaja boleh diambil kepada pekerja yang melarikan diri malah majikan yang bersubahat juga akan dikenakan tindakan.

“Hal ini kerana mereka ini sudah menyusahkan penguat kuasa dan membahayakan nyawa orang lain serta perlu diambil tindakan tegas,” katanya pada sidang media MKN, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang, Mohamad Zain A Hamid pada satu sidang media hari ini memaklumkan lebih 400 penduduk di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Medan 88 itu gagal dikesan pada hari pertama pelaksanaan. – myMetro Online

Tags: Covid-19PDRMperintah kawalan pergerakan bersyarat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd