• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Perkenan Anugerah Pingat PGB Kepada 2 Anggota PGA

oleh
26/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menganugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada mendiang Sarjan Baharuddin Ramli dan Sarjan Norihan Tari, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata penganugerahan itu sebagai mengenang jasa dan pengorbanan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terlibat dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand pada Selasa (24 November).

“Saya bagi pihak kerajaan menjunjung kasih ke bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan baginda untuk menganugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada kedua-dua anggota terlibat,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. 

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Hamzah berkata Kementerian Dalam Negeri juga memperakukan supaya mendiang Baharuddin dinaikkan pangkat kepada Sarjan secara posthumous dan Norihan juga dinaikkan pangkat kepada Sarjan secara medan.

Katanya kerajaan sentiasa mengiktiraf jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan berani dalam mempertahankan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara.

Mengenai insiden berkenaan, Hamzah berkata hingga kini, Polis Diraja Malaysia telah menahan 19 suspek membabitkan 15 warganegara dan empat rakyat Thailand.

Beliau berkata pihak berkuasa Thailand pula menahan empat suspek warganegara Thailand, termasuk tiga yang cuba mendapatkan rawatan di hospital akibat kecederaan terkena tembakan.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat,” katanya.

Susulan itu, Hamzah berkata kementeriannya sedang merangka pelan strategik secara holistik bagi memperkasakan lagi  kawalan keselamatan dan keupayaan anggota pasukan keselamatan yang bertugas di sempadan, melibatkan perolehan aset serta fasiliti moden dan terkini seperti dron, Armoured Personnel Carrier (APC), Night Vision Goggles (NVG) dan GPS Tracker.

Hamzah berkata demikian semasa menjawab soalan Abdul Latif  Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) mengenai perincian insiden serangan terhadap dua anggota PGA itu dan langkah terkini kerajaan dalam memperketatkan lagi kawalan sempadan antarabangsa agar sindiket penyeludupan lumpuh sepenuhnya.

Pada Selasa, Baharuddin maut manakala Norihan cedera parah ditembak selepas diserang kumpulan penyeludup ketika menjalankan risikan di kawasan Pintu A3, Pos Tembok Sempadan 9 (TS9), Padang Besar. – BERNAMA

Tags: Anggota PGAPingat PGBYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd