• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

204 Syarikat, Pengusaha Pelancongan Gulung Tikar

oleh
23/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 204 entiti perniagaan pelancongan dan perhotelan telah menamatkan perniagaan sejak Mac tahun ini berikutan impak penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata berdasarkan data yang dikeluarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), jumlah itu merangkumi 109 entiti berkaitan perhotelan, resort, motel, inap desa dan chalet, manakala 95 syarikat berkaitan agensi pelancongan dan pengendali aktiviti pelancongan.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Bagi sektor berkaitan perhotelan, 32 daripada 109 adalah penggulungan oleh mahkamah dan penggulungan secara sukarela, manakala 38 daripada 95 agensi pelancongan juga tamat perkhidmatan dengan penggulungan oleh mahkamah dan penggulungan secara sukarela,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang ingin tahu jumlah hotel dan syarikat pelancongan yang gulung tikar sejak permulaan PKP hingga 31 Okt, serta inisiatif kementerian kepada syarikat untuk menampung kos operasi sehingga pintu-pintu ekonomi kembali dibuka.

Nancy berkata kementerian akan meneliti perkara itu selain mengadakan perbincangan dengan agensi kerajaan yang lain serta persatuan berkaitan bagi mengenal pasti isu dan mencari penyelesaiannya.

Bagaimanapun, beliau berkata sebanyak 135 syarikat dan pengusaha pelancongan yang memohon lesen baharu telah diluluskan bagi tempoh sama.

Sementara itu, Nancy berkata kementerian bercadang memohon peruntukan pembangunan kira-kira RM50 juta untuk Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kedah sebagai pelan pusingan dalam Rancangan Malaysia Ke-12, untuk tahun 2021.

“Pada akhir September lepas, kementerian telah melawat ke tapak arkeologi ini bersama pegawai EPU (Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri) dan menerangkan perancangan jangka panjang serta peruntukan pembangunan yang diperlukan,” katanya menjawab soalan tambahan Nor Azrina Surip (PH-Merbok) yang meminta penjelasan berhubung peruntukan bagi tapak arkeologi itu yang ditarik balik sebelum ini. – BERNAMA

Tags: Covid-19hotelPelanconganperintah kawalan pergerakanresort
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Usulkan Undi Percaya, Pasti Belanjawan 2021 Akan Lulus

Next Post

RM15 Juta Kerja Awalan Naik Taraf Jeti Pulau Pangkor

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post

RM15 Juta Kerja Awalan Naik Taraf Jeti Pulau Pangkor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd