• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

420 Mangsa Banjir Di Seremban Dipindahkan

oleh
04/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seramai 420 individu daripada 84 keluarga di tujuh kampung sekitar Seremban dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian banjir kilat Selasa malam.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Seremban, Lt. (PA) Mohd Najib Abdul Karim berkata kawasan yang terbabit ialah Kampung Datuk Mansor, Taman Happy dan Taman Mok Sum, Kampung Bukit Chedang, Kampung Baru Block C Ampangan, Kampung Batu 3, Taman Angsa Mas dan Kampung Siliau.

“Kesemua mangsa ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan Sega Hilir yang dibuka sejak pukul 7.30 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterima, hujan lebat bermula sekitar 12 tengah malam mengakibatkan banyak kawasan berkenaan dinaiki air sehingga mencecah paras antara dua dan empat meter.

Menurutnya 40 anggota dan pegawai APM terlibat dalam operasi itu selepas menerima maklumat mengenai kejadian banjir lewat tengah malam tadi.

“Paras air sudah semakin surut dan keadaan terkawal buat masa ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirSeremban
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Pamer Bakat Menari Ala MGR

PMX Anwar Pamer Bakat Menari Ala MGR

30/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja pandai berpidato meyakinkan rakyat, malah memiliki bakat terpendam menari ala...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd