• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,555 Sembuh, 3 Kematian, 935 Kes Baharu Covid-19

oleh
26/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 935 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, dengan tiga kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, beliau berkata, bilangan kes sembuh sebanyak 2,555 kes, iaitu tertinggi setakat ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 49,056 kes (80.7 peratus daripada jumlah keseluruhan).

Menurutnya, kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 60,752 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 11,348 kes. 

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Terdapat empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 931 kes adalah penularan Covid-19 dalam negara.

“Hari ini, Sabah melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 326 kes (34.9 peratus), diikuti Selangor sebanyak 161 kes (17.2 peratus) dan Negeri Sembilan 158 kes (16.9 peratus),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 103 kes (11.0 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster di lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Bakti (95 kes), Kluster Tembok (lima kes), Kluster GK Tawau (dua kes) dan Kluster Penjara Kepayan (satu kes).

Beliau berkata, sehingga kini, terdapat 110 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), yang mana 45 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, empat kematian yang dilaporkan hari ini membabitkan dua wanita dan seorang lelaki warga negara berusia antara 59 hingga 77 tahun.

“Kematian ke-346 membabitkan seorang wanita berusia 70 tahun yang meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sabah, manakala kematian ke-347 membabitkan seorang lelaki berusia 59 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan asma.

“Lelaki itu meninggal di Hospital Queen Elizabeth. Sementara kematian ke-348 membabitkan seorang wanita berusia 77 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis serta darah tinggi dan kematiannya disahkan di Hospital Tawau,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perincian i-Sinar KWSP Diumum Minggu Hadapan

Next Post

TH Plantations Mulakan Penjualan Aset

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

04/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak bimbang jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memuktamadkan kadar yuran rundingan pegawai perubatan am (GP) dalam...

Next Post

TH Plantations Mulakan Penjualan Aset

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd