• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,884 Positif Covid-19, 2 Kematian, 883 Pulih

oleh
23/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan Covid-19 di Malaysia hari ini melonjak dan mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,884 kes, menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu sebanyak 56,659 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kebolehjangkitan Covid-19 meningkat kepada 13,842 kes.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu itu, dua kes import manakala 1,882 kes membabitkan penularan tempatan.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

Katanya, tiga negeri mencatatkan kes tertinggi iaitu Selangor (1,203 kes) diikuti Sabah (289) dan Kuala Lumpur (166).

“Pelaporan kes positif Covid-19 yang tertinggi adalah berpunca daripada pertambahan kes bagi Kluster Teratai (1,067 kes) dan Kluster Damanlela (101 kes).

“Sebanyak 33 kes daripada keseluruhan kes hari ini adalah berkaitan kluster di pusat tahanan sementara, lokap dan penjara membabitkan Kluster Bakti (12 kes), Kluster GK Tawau (9 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (7 kes), Kluster Penjara Sandakan (3 kes), Kluster PTS Tawau (1 kes) dan Kluster Tembok (1 kes),” katanya pada sidang media, hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini terdapat 115 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 48 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, selain itu sebanyak 883 kes pulih Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 42,480 kes atau 75 peratus.

“Daripada maklumat terkini dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), ada dua kematian berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 337 kes kematian.

“Kes kematian ke-336 (kes ke-51,858) membabitkan lelaki warganegara berusia 80 tahun yang dilapor meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sabah. 

“Manakala kes kematian ke-337 (kes ke-53,951) membabitkan wanita berusia 58 tahun meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah. Beliau mempunyai penyakit darah tinggi, jantung dan obstruktif paru-paru kronik (COAD).” – myMetro Online

Tags: CPRCKKMpandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd