• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UUM Tutup, Pelajar Positif COVID-19

oleh
05/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Utara Malaysia (UUM) menutup kampus utamanya di Sintok, Kedah berkuat kuasa serta merta sejak malam tadi susulan seorang pelajar yang baru pulang dari Sabah dikesan positif COVID-19.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani, berkata pelajar berkenaan sebelum ini terbabit dalam latihan Pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan tiba di kampus lebih awal.

Katanya, selepas jangkitan itu dikesan universiti sudah dan sedang mengambil langkah perlu untuk mengawal penularan dengan melakukan penutupan serta merta dan melarang aktiviti keluar masuk kampus.

“Kumpulan ini tidak besar hanya membabitkan mereka yang terbabit dalam latihan PALAPES. Kementerian Kesihatan (KKM) pun sudah dimaklumkan mengenai hal ini untuk menentukan langkah seterusnya. 

“Kami memberi kerjasama sepenuhnya dan akan ikuti semua SOP (prosedur operasi standard) yang disyorkan oleh KKM, NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) termasuk langkah kuarantin wajib yang perlu kepada semua individu yang terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, buat masa ini, semua pelajar baharu yang mahu mendaftar tidak dibenarkan memasuki kampus sebaliknya melakukan pendaftaran dalam talian.

“Sesi pembelajaran pun kita akan laksana dalam talian. Tidak ada yang dibenarkan untuk pulang ke kampus. Selepas semua reda dan terkawal baru kita akan maklumkan semula kepada pelajar bila tarikh kemasukan ke kampus dibenarkan,” katanya.

BH turut difahamkan pelajar ini tiba di UUM pada 20 September lalu, iaitu sebelum kerajaan mengeluarkan arahan mewajibkan semua individu yang baru pulang dari Sabah menjalani ujian calitan sebaik tiba dan kuarantin diri di kediaman masing-masing. 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Profesor Madya Dr Hendrik Lamsali sebelum ini memaklumkan kampus itu menangguhkan kemasukan pelajar dari Sabah sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Katanya, penangguhan itu termasuk pendaftaran pelajar dari kawasan zon merah di negeri lain, yang dibuat berikutan peningkatan kes pandemik COVID-19 di beberapa negeri selain bimbang dengan risiko keselamatan pelajar. – BH Online

Tags: Covid-19UUM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd