• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tak Bincang Siapa Jadi TPM

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Isnin lalu tidak berbincang dan memutuskan calon dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO untuk diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata MKT UMNO juga tidak pernah dimaklumkan berkenaan sebarang permintaan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, untuk meminta menamakan calon timbalannya.

“Tak tahu (UMNO diminta kemuka calon Timbalan Perdana Menteri). Tiada (dibincang dalam mesyuarat MKT),” katanya ringkas menjawab persoalan mengenai laporan kononnya Muhyiddin menunggu nama dari UMNO untuk mengisi jawatan berkenaan seperti dilapor beberapa portal media. 

Portal itu melaporkan kononnya Muhyiddin menunggu nama Ahli Parlimen UMNO dikemuka parti itu untuk dipilih sebagai timbalannya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, dalam Twitternya menyifatkan laporan portal berkenaan sebagai karut.

“Tolong berhentikan laporan spekulatif karut marut..be fair to pm (berlaku adil kepada Perdana Menteri)..be fair to umno too (berlaku adil kepada UMNO juga),” katanya yang mengulang ciap laporan media berkenaan.

UMNO pada Isnin memutuskan untuk terus mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin dan menolak sebarang kerjasama dengan PKR dan DAP. 

Namun, spekulasi kini bertiup berkenaan kemungkinan Muhyiddin akan mengumumkan nama timbalannya dari kalangan pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO. 

Antara nama yang disebut-sebut termasuk Ahli Parlimen Bera yang juga Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Sembrong yang juga Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Selain itu, turut disebut, Timbalan Presiden UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh dan Menteri Wilayah Persekutuan. – BH Online

Tags: Timbalan Perdana MenteriUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd