• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tamatkan LLA, Sukuk RM9.9 Bilion Untuk Pulihkan FELDA

oleh
28/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kabinet meluluskan cadangan terbitan sukuk bernilai RM9.9 bilion oleh FELDA dengan jaminan kerajaan bagi membolehkan agensi itu melaksanakan pelan pemulihan seperti yang dibentangkan oleh Pasukan Petugas Khas. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata laporan Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu FELDA sudah dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Oktober lalu. 

Antara cadangan yang diterima oleh Jemaah Menteri ialah penstrukturan semula hutang dengan institusi kewangan, meningkatkan pendapatan teras daripada tanah ladang FELDA dengan menamatkan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dan meningkatkan daya berdikari peneroka. 

“Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan penerbitan sukuk oleh FELDA bernilai RM9.9 bilion dengan jaminan kerajaan bagi melaksanakan pelan pemulihan FELDA yang dikemukakan. 

“Kedudukan kewangan FELDA juga dijangka mencatat aliran positif bermula tahun 2023 dengan pelaksanaan inisiatif berkenaan. FELDA akan kembali ke landasannya sebagai sebuah badan yang dihormati dan berdaya maju. 

“Penyelesaian isu-isu yang dihadapi oleh FELDA tidak akan lengkap tanpa pengukuhan tadbir urus serta kecekapan dalam menguruskan ladang. Sehubungan itu, Lembaga Pengarah serta pengurusan FELDA hendaklah komited meningkatkan kecekapan pengurusan dan menambahbaik tadbir urus,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mustapa berkata, pelaksanaan cadangan berkenaan oleh FELDA akan dipantau secara terperinci oleh sebuah jawatankuasa pemantauan yang akan melapor kepada Perdana Menteri. 

FELDA katanya, adalah sebuah institusi yang amat penting dalam pembangunan negara, bagaimanapun agensi ini berhadapan dengan beberapa masalah serius yang perlu ditangani segera. 

Kerajaan sudah menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu FELDA yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Wahid Omar dan turut disertai oleh Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh. 

Pasukan ini adalah kesinambungan daripada Kertas Putih ‘Ke Arah Kelestarian FELDA’ yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 April 2019. Ia sudah mengenal pasti beberapa masalah utama yang dihadapi oleh FELDA dan amat penting untuk ditangani segera. 

Antara masalah utama yang dihadapi ialah struktur modal yang tidak mapan dan bebanan hutang yang tinggi berjumlah RM10.6 bilion. 

Keadaan itu juga berpunca daripada sumber pendapatan yang berkurangan terutama terimaan bayaran pajakan bagi 351,000 hektar tanah ladang dan perkongsian keuntungan yang rendah berbanding jangkaan di bawah LLA. 

“Kelemahan tadbir urus dan pengurusan kewangan turut menyumbang kepada masalah yang dihadapi oleh FELDA,” katanya. – BH Online

Tags: FeldaMustapa MohamedPeneroka FELDAperjanjian pajakan tanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd