• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Umum Status Kerusi Parlimen Batu Sapi Minggu Depan

oleh
06/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tindakan lanjut berhubung arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi minggu depan.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, surat pemberitahuan kepada SPR berhubung perkara itu sudah diterima pihaknya hari ini.

Namun, katanya, tindakan seterusnya akan diambil SPR selepas beliau selesai menjalani kuarantin selama dua minggu.

“Sekarang saya masih kuarantin di rumah, jadi lepas kuarantin dua minggu ini tamat, saya akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara tersebut.

“Mesyuarat itu akan diadakan pada minggu depan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Terdahulu, Azhar Azizan dalam satu kenyataan akhbar mengesahkan pihaknya sudah mengemukakan surat pemberitahuan kepada SPR berhubung kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober lalu.

Katanya, selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen itu dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dipastikan oleh SPR Malaysia ada kekosongan.

Sementara itu, pada 2 Oktober lalu, Vui Keong yang berusia 60 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah sejak 9 September lalu.

Mendiang yang berasal dari Kota Belud itu dipilih sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). – Sinar Harian

Tags: parlimen batu sapiSabahSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd