• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokongan Terhadap Muhyiddin Diputuskan Malam Ini

oleh
26/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini, akan memutuskan sama ada UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin atau sebaliknya. 

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman, menjelaskan keputusan itu akan dibuat MKT UMNO. 

“Mesyuarat MKT malam ini lebih penting. Mereka akan putuskan. Petang ini kita bertemu saja,” katanya ditemui media selepas meninggalkan Menara Dato’ Onn di sini, hari ini. 

Semua Ahli Parlimen BN hari ini mengadakan pertemuan bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan mesyuarat itu mengumpulkan pelbagai pandangan Ahli Parlimen BN mengenai perkembangan terkini isu semasa politik termasuk mengenai kedudukan parti.

Katanya, turut disentuh keputusan Raja-Raja Melayu dan titah Yang di-Pertuan Agong mengenai darurat seperti diputuskan semalam.

“Bagus keputusan yang bijak,” katanya

Ditanya apa dibincangkan dalam mesyuarat BN: “Semuanya akan dibincangkan malam ini. Biasanya tindakan kita (UMNO) secara ‘enbloc ‘,” katanya.

Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, dalam pertemuan itu, Ahli Parlimen BN memberikan pendapatnya berkenaan kerajaan kewajaran untuk berunding semula dengan Muhyiddin. 

“Ada juga yang menyebut ‘No Anwar’ ‘No DAP’. Mereka semua beri pandangan masing-masing,” katanya. 

Difahamkan sebahagian Ahli Parlimen BN juga menyatakan sedia untuk menarik balik sokongannya kepada Muhyiddin. – BH Online

Tags: ahli parlimen BNMuhyiddin YassinUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd