Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Gelombang Ketiga Covid-19 Lebih...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah merayu kepada...

Angin Kencang Dan Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka berlaku di...

Vieira Pencabar Sengit Jadi...

PATRICK Vieira dikhabarkan menjadi pencabar sengit untuk kembali ke Arsenal sebagai pengurus. Kelab bola...

Wardar Penjara Tewas Digoda,...

Cuiaba, Brazil - Seramai 28 banduan meloloskan diri dari penjara Nova Mutum selepas...

Ronnie Liu Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

PETALING JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew dibebaskan selepas dirakam keterangan berhubung status dimuat naik di media sosialnya yang mempunyai kecenderungan menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Ronnie Liu dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira 1 tengah hari tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. 

“Kami sudah merakam keterangan beliau untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Ronnie Liu tiba di IPD Petaling Jaya jam 10.40 pagi untuk membantu siasatan sebelum ditahan polis. 

Semalam, Harian Metro melaporkan Ronnie Liu antara empat individu disiasat berhubung isu menghina Seri Paduka Baginda.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dipetik berkata, siasatan itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman.

Menurutnya, satu siasatan dilakukan pada 21 Oktober lalu ke atas akaun Facebook Ronnie Liu kerana meninggalkan komen Now In Bangkok, They Are Saying No To The King. – myMetro Online

Kategori