Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew berpandangan kaum India yang memberi sokongan padu terhadap Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mula merasakan mereka diabaikan.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, beliau menyatakan bahawa sekitar 80 peratus undi kaum India diberikan kepada DAP dan PH dalam pilihan raya sebelum ini.
Bagaimanapun, menurutnya, sentimen dalam kalangan masyarakat India kini berubah apabila mereka merasakan tidak diberi perhatian sewajarnya oleh PH yang mini membentuk kerajaan.
“(Sebanyak) 80 peratus undi India diberi kepada DAP/PH. Tetapi kaum India rasa mereka diabaikan,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial.
Ronnie Liu mendakwa keadaan itu disebabkan oleh isu berkaitan kuil serta kewujudan anasir perkauman yang tidak dikawal secara adil menjadi antara faktor utama.
“Isu kuil dan anasir rasis tidak dikawal secara adil dikatakan adalah faktor utama,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ronnie Liu Tian Khiew
