• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Teliti Isu MB Selangor Langgar Kuarantin

oleh
07/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHERAS – Polis akan membuka kertas siasatan sekiranya perlu berhubung isu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang didakwa melanggar arahan kuarantin kendiri bagi mengawal penularan COVID-19.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya masih meneliti kes berkenaan termasuk permohonan maaf dibuat Amirudin di media sosial sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

“Setakat ini, kita masih belum menerima sebarang laporan berkaitan isu itu.

“Polis akan teliti perkara ini termasuk permohonan maaf dibuat Amirudin. Kenyataan itu dibuat menerusi media sosial. 

“Kalau ada keperluan, kita buka kertas siasatan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Amirudin dalam mesej Twitter pada 4 Oktober lalu memohon maaf kerana terpaksa keluar dari kuarantin malam berkenaan bagi menyelesaikan isu pencemaran sungai yang menyebabkan dua Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas.

“Namun saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai ‘face shield’, ‘face mask’ juga kedua-dua ujian saringan saya menunjukkan keputusan negatif,” katanya dalam hantaran itu.

Beliau juga memaklumkan turun melawat LRA Sungai Semenyih bagi meninjau situasi pencemaran bersama Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, pada hari berkenaan. – BH Online

Tags: Amirudin ShariCovid-19kuarantin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd