• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjaja, Persatuan Teksi Lega Darurat Tak Dilaksana

oleh
26/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat buat masa ini turut memberi sedikit kelegaan kepada golongan yang bergantung hidup memperoleh pendapatan harian seperti peniaga kecil dan pemandu teksi.

Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP), Datuk Mohamad Abdullah berkata, keputusan itu membolehkan kira-kira 15,000 penjaja dan peniaga kecil di bawah persatuan meneruskan perniagaan mereka yang kini masih dalam fasa pemulihan.

“Cuba bayangkan dalam keadaan sekarang pun susah nak berniaga sebab pelanggan kurang disebabkan oleh wabak koronavirus (Covid-19), apatah lagi jika darurat dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Titah Al-Sultan Abdullah itu dizahirkan setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-raja Melayu selain menilai situasi semasa yang sedang dihadapi negara.

Mohamad yang memuji kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong berkata, tindakan Seri Paduka telah ‘menyelamatkan’ banyak pihak yang masih terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Katanya, ramai penganggur kini menjadikan perniagaan kecil-kecilan sebagai ‘talian hayat’ terakhir untuk mereka meneruskan kelangsungan kehidupan bagi menyara keluarga dan membayar segala komitmen bulanan.

Sehubungan itu, beliau berkata, Al-Sultan Abdullah dilihat telah membuat keputusan tepat dengan mengambil kira kegelisahan dan masalah dihadapi rakyat ketika ini, diputuskan secara bijaksana, tidak mengikut emosi dan tanpa mengikut kehendak ahli politik.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Executive Jiwa Malaysia (Perjiwa), Zailani Isaisuludin berkata, titah Seri Paduka itu juga amat dinanti-nanti mereka yang berada dalam sektor pengangkutan awam memandangkan golongan ini juga terjejas teruk sejak penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Katanya, ramai pemandu teksi mengeluh sumber pendapatan terjejas apabila orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatan teksi dan sekiranya darurat dilaksanakan ia akan memberi impak lebih buruk kepada industri pengangkutan.

“Seri Paduka selaku ketua negara lebih arif dan prihatin keadaan rakyat, justeru keputusan tidak mengisytihar darurat mengambil kira keperluan dan kebajikan semua lapisan masyarakat yang menerima impaknya,” katanya. – BERNAMA

Tags: daruratpeniaga kecilTeksiYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Kurnia SMIJ Kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, DK I Kepada Raja Muda Johor

Sultan Ibrahim Kurnia SMIJ Kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, DK I Kepada Raja Muda Johor

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd