• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masjidil Haram Dibuka Semula Untuk Ibadat Umrah

oleh
05/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lebih 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia berkongsi kegembiraan dan bersyukur apabila Masjidil Haram dibuka semula untuk ibadat umrah selepas sekatan selama enam bulan susulan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Portal Arab News melaporkan kumpulan pertama jemaah yang terdiri daripada penduduk tempatan itu dibenarkan memasuki Masjidil Haram mulai jam 6 pagi Ahad selepas membuat permohonan melalui aplikasi Eatmarna yang disediakan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Bagi menampung kuota 6,000 jemaah yang dibenarkan dalam masa sehari, Kementerian Haji dan Umrah negara itu menyediakan lima lokasi berasingan termasuk di Al-Gaza, Ajyad dan Al-Shasha bagi membolehkan jemaah bersama petugas kesihatan profesional menaiki bas ke Masjidil Haram.

Kamera pengesanan suhu ditempatkan di pintu masuk dan ruang dalam Masjidil Haram untuk memantau peningkatan suhu badan dan mengeluarkan amaran jika perlu.

Kira-kira 1,000 petugas dilatih bagi memantau ibadat umrah di Masjidil Haram dan kerja pembersihan serta nyahkuman dilakukan sebanyak 10 kali sehari.

Beberapa langkah pencegahan diambil termasuk pemeriksaan suhu, jalur pintar, pelitup muka dan penjarakan fizikal ketika melakukan umrah.

Sistem pendingin hawa juga dilengkapi dengan teknologi pembersih ultraviolet dengan jadual pembersihan penapis udara sebanyak sembilan kali sehari bagi tiga tahap yang berbeza.

Kawasan mataf di sekitar Kaabah yang boleh memuatkan 2.5 juta jemaah dipilih sebagai lokasi bagi umat Islam menunaikan umrah kali ini.

Ruang khusus sebagaimana disediakan untuk jemaah yang melaksanakan haji pada Ogos lalu turut diperkenalkan bagi memudahkan akses sepanjang mereka berada di Masjidil Haram.

Presiden Hal Ehwal Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais yang merujuk kepada kebenaran diraja daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman memaklumkan jemaah turut dibenarkan menziarahi Raudhah yang terletak di dalam Masjid Nabawi.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Abdulfattah bin Sulaiman Mashat berkata, keputusan membuka semula Masjidil Haram untuk ibadat umrah telah menggembirakan umat Islam di Arab Saudi dan seluruh dunia.

“Perancangan ini hasil kerjasama dan koordinasi semua pihak berwajib berkaitan haji dan umrah,” ujarnya.

Berdasarkan statistik rasmi Kementerian Haji dan Umrah, sebanyak 108,041 permit dikeluarkan untuk bakal jemaah umrah sejak pelancaran aplikasi Eatmarna pada 27 September hingga 1 Oktober lalu.

Daripada jumlah tersebut, 42,873 permit untuk warga tempatan manakala ekspatriat memperoleh 65,168 permit untuk mengerjakan umrah. – Sinar Harian

Tags: Covid-19masjidil haramumrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd