• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Lapor Tindakan Harian, Bukan Promosi Kabinet” – Ismail Sabri

oleh
22/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya bukan promosikan kabinet Kementerian Pertahanan, saya maklumkan tindakan harian. Rakyat nak tahu apa yang dilakukan pihak berkuasa terhadap mereka yang gagal patuhi prosedur operasi standard (SOP),” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, dia hanya melaporkan perkembangan setiap hari kerana masyarakat bimbang berhubung peningkatan kes terutamanya di Sabah.

Menurutnya, almari di belakang ruang sidang media itu memang sudah ada di situ dan dia tidak mengubah barangan yang ada di situ.

“Dia ahli parlimen pembangkang, memang bangkang sajalah kerjanya.

“Saya pun tidak tahu apa yang dia nak letak di situ,” katanya pada sidang media harian, hari ini.

Beliau mengulas gesaan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang meminta beliau berhenti membuat sidang media jika tiada pengumuman substanstif berhubung Covid-19.

Katanya, setiap hari dia akan memberi laporan secara langsung mengenai aspek keselamatan manakala Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan memberikan laporan dari segi kesihatan dan tindakan yang dilakukan.

“Jadi itulah yang saya laporkan setiap hari. Mungkin ahli parlimen itu nak laporan yang lain saya tak tahu apa benda laporan lain yang diperlukan.

“Tapi tak apalah, saya pun dah beritahu tadi, saya tak nak cakap apa-apa, lupakan perbezaan politik, saya nak ajak dia bersama-sama supaya fokuskan tenaga kita untuk memerangi pandemik Covid-19 ini,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19Ismail Sabri Yaakoblaporan harian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd