• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Keluar Arahan Tutup Sekolah – PM

oleh Cj Mnh
12/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pengurusan Covid-19 bersetuju supaya Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan menutup sekolah jika terdapat guru atau murid disahkan positif tanpa menunggu penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat selepas peningkatan kes Covid-19 di Selangor dan Kuala Lumpur termasuk melibatkan SK Bangsar apabila 2 muridnya disahkan positif Covid-19.

“Memandangkan kes di negeri ini masih menunjukkan peningkatan, mesyuarat bersetuju supaya Kementerian Pendidikan meneliti keperluan menutup sekolah di seluruh Sabah.

“Menteri Kanan Pendidikan akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin turut memaklumkan mesyuarat itu turut bersetuju supaya KKM berbincang dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendapatkan bantuan dari segi kemudahan perubatan yang boleh ditawarkan Kor Perubatan ATM, berhubung isu kapasiti merawat pesakit Covid-19 di Sabah.

“Saya juga sudah mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia memberi keutamaan kepada pengurusan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah yang menjadi antara punca merebaknya pandemik Covid-19 di negeri tersebut.

“Ini termasuk keperluan meningkatkan kapasiti depot tahanan Imigresen untuk menempatkan PATI yang ditahan dan memastikan semua tahanan tidak terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19,” katanya.

Tags: Covid-19Sekolah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

08/08/2026
0

NIBONG TEBAL - Kerajaan mengambil langkah bijak dan pendekatan di luar kotak bagi mengurangkan beban golongan ibu bapa dengan menyediakan...

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd