• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Alu-Alukan Sumbangan Tunai, Tenaga Sukarelawan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalu-alukan orang ramai menyalurkan sumbangan tunai menerusi akaun khas Covid-19 yang sudah diaktifkan semula.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengaktifan semula akaun itu berikutan peningkatan kes sejak bulan lalu dan menampung keperluan untuk kegunaan petugas barisan hadapan dalam memerangi Covid-19 ketika ini.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata, orang ramai boleh menyumbang ke akaun RHB Bank bernombor 2-66016-0002347-5 atas nama ‘Sumbangan Perubatan KKM’.

“Selain wang tunai, kami turut menjemput seramai mungkin sukarelawan sama ada individu atau daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk turun padang sebagai petugas kesihatan awam dan perubatan.

“Permohonan menjadi sukarelawan boleh dihantar ke mobilisasi19@gmail.com atau mengisi ‘Google Form’ di pautan ,” katanya.

Kelmarin, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dalam satu kenyataan media berkata, susulan pengaktifan semula akaun khas Covid-19, Kementerian Kewangan meluluskan kemudahan potongan cukai bagi sumbangan tunai ke akaun itu selaras Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Beliau berkata, KKM tidak melantik pihak atau ejen bagi melaksanakan kutipan sumbangan tunai bagi kementerian itu.

“Pengaktifan semula akaun khas itu berikutan permintaan pelbagai pihak ingin membuat sumbangan tunai kepada kementerian ini susulan peningkatan kes Covid-19 sejak akhir September lalu.

“Sehingga 30 September lalu, sebanyak RM30,597,202.81 daripada jumlah sumbangan itu diluluskan untuk dibelanjakan Jawatankuasa Akaun Amanah KKM bagi membeli alat kelengkapan perubatan seperti ventilator, infra-red thermometer, ultrasound, katil pesakit, patient monitor dan reagen untuk ujian COVID-19 serta proses penghantaran pegawai KKM ke Sabah.

“Baki sumbangan tunai akaun itu kini berjumlah RM1,074,700.46. Sebarang pertanyaan dan pemakluman mengenai sumbangan tunai di bawah akaun amanah itu boleh menghubungi talian 03-88833111 atau melalui e-mel sumbangancovid19@moh.gov.my,” katanya.

Menurut rekod, Akaun Amanah pembelian alat kelengkapan, keperluan perubatan, kemudahan dan perkhidmatan di kemudahan kesihatan KKM dilancarkan pada 23 Mac lalu, bagi membolehkan syarikat, NGO dan orang ramai untuk menyalurkan sumbangan bagi kegunaan barisan hadapan memerangi penularan Covid-19.

Pada 31 Mei, KKM menamatkan penerimaan sumbangan tunai berikutan penurunan kes positif Covid-19 dengan jumlah sumbang terkumpul sebanyak RM31,671,903.27. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMSukarelawansumbangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd