Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Dah Sumpah Di...

MANTAN Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat kian lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Pengumuman Rombakan Kabinet Dalam...

PUTRAJAYA - Sekiranya ramalan ini betul bagai dikata, besar kemungkinan Perdana Menteri, Datuk...

UMNO Sah Hadiri Muktamar...

PETALING JAYA - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan akan...

Kerajaan Perancis U-Turn Naikkan...

PERDANA Menteri Perancis mengumumkan penangguhan selama enam bulan cukai bahan api yang telah...

Khabib Dalam Kelompok 10 Terbaik MMA

PARIS – Presiden UFC Dana White memuji Khabib Nurmagomedov antara ‘atlet seni bela diri campuran (MMA) hebat sepanjang zaman’ selepas mengumumkan persaraan dari sukan itu.

Namun menurut peminat, atlet Russia yang tidak pernah tewas itu hanya tertinggal dalam kelompok lima teratas atlet MMA di belakang Georges St Pierre dan Jon Jones.

Conor McGregor sebelum ini meletakkan dirinya berada di ranking ke-2 dalam senarai atlet terhebat dengan Anderson Silva dikatakan hanya atlet tunggal yang lebih baik daripadanya.

Namun laman web yang membuat kajian mengenai ranking menyaksikan McGregor jatuh di tempat ke-16 dengan Silva berada di tempat ketiga.

Atlet Ireland sebelum ini menjadi wajah penting UFC selepas mengukuhkan jenamanya dalam bintang sukan global sejak beberapa tahun lalu, memenangi 22 daripada 26 pertarungan profesionalnya.

Amanda Nunes membuat kejutan berada dalam senarai satu tangga di belakang McGregor di tempat ke-17 di sebalik pujian presiden UFC, White yang menyifatkan dia antara atlet wanita paling hebat. – Agensi

Senarai atlet MMA terhebat mengikut undian peminat di laman web TAPOLOGY:

1. Georges St Pierre

2. Jon Jones

3. Anderson Silva


4. Demetrious Johnson

5. Fedor Emelianenko

6. Khabib Nurmagomedov

7. Daniel Cormier

8. Jose Aldo

9. Randy Couture

10. Stipe Miocic

Kategori