• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Komited Pastikan Keperluan Rakyat Dijaga

oleh
13/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited untuk memastikan keperluan melindungi nyawa dan kehidupan sentiasa diberi penekanan utama demi kepentingan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta ekonomi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata langkah kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatian Rakyat (PRIHATIN); PRIHATIN PKS Tambahan; Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) dan Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin terus menunjukkan kesan yang positif. 

“Ini berdasarkan tiga statistik iaitu Prestasi Perdagangan Borong dan Runcit; Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP); serta Perangkaan Pembuatan Bulanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini bagi bulan Ogos yang telah menunjukkan peningkatan. 

“Seiring dengan peningkatan indikator ini, Perkeso juga turut melaporkan pengurangan dalam kes kehilangan pekerjaan (LOE) dan peningkatan dalam penempatan semula pekerja,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Mustapa berkata jumlah pekerja yang hilang pekerjaan semakin menurun iaitu sebanyak 7,388 orang pada September setelah mencecah kemuncak sebanyak 18,579 orang pada Jun lepas. 

Pada masa yang sama, katanya, peningkatan dalam kadar penempatan semula pekerja juga meningkat mencapai 43 peratus pada September daripada kadar terendah iaitu 6.0 peratus pada Jun. 

“Perkembangan positif ini bermula pada Jun lalu apabila kerajaan membuka semula semua sektor ekonomi selepas ditutup pada 19 Mac lalu,” katanya. – BERNAMA

Tags: EkonomiKerajaanMustapa Mohamedrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bekerja sepenuh masa, tetapi hujung bulan duit tak cukup. Inilah realiti yang sedang dihadapi ramai rakyat Malaysia,"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd