• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Sementara Guna 2 Vaksin Influenza

oleh
28/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menasihatkan pengamal perubatan menghentikan sementara penggunaan produk vaksin SKYCellflu Quadrivalent dan VaxigripTetra, sebagai langkah berjaga-jaga.

Ia susulan laporan kes kematian yang dikaitkan dengan kedua-dua produk vaksin influenza itu di Korea Selatan.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datin Dr Faridah Aryani Md Yusof, berkata terdapat sembilan produk vaksin influenza yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia, termasuk dua produk vaksin influenza yang dikaitkan dengan kes kematian di Korea Selatan iaitu SKYCellflu Quadrivalent dan Vaxigrip Tetra.

Beliau berkata, hanya Vaxigrip Tetra, Suspension for Injection in Prefilled Syringe sahaja yang dibekalkan di fasiliti kesihatan KKM.

“Syarikat Sanofi Pasteur (pengeluar produk Vaxigrip Tetra) memaklumkan bahawa nombor kelompok produk Vaxigrip Tetra yang digunakan di Korea Selatan, tidak terdapat di pasaran negara lain, termasuk Malaysia. 

“Setakat ini juga, tiada kes kematian yang dilaporkan susulan imunisasi vaksin influenza (quadrivalen) di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dr Faridah berkata, KKM akan memaklumkan perkembangan berkenaan situasi itu selepas maklumat lanjut diperoleh selain menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan sentiasa terjamin. 

Beliau berkata, KKM akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

“KKM mengambil maklum akan MOH Circular No. 214/2020 yang dikeluarkan oleh Health Science Authority (HSA), Singapura pada 25 Oktober 2020 bertajuk “Temporary Cessation on The Use of Two Influenza Vaccines” mengenai pemberhentian sementara penggunaan dua produk vaksin influenza, iaitu SKYCellflu Quadrivalent dan VaxigripTetra.

“Ia sebagai langkah berjaga-jaga berikutan terdapat laporan kes kematian dikaitkan dengan kedua-dua produk tersebut di Korea Selatan,” katanya. – BH Online

Tags: KKMKorea SelatanSKYCellflu Quadrivalentvaksin influenzaVaxigripTetra
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

10/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan mengharamkan sepenuhnya penjualan rokok elektronik atau vape sebagai langkah membendung penyalahgunaan produk berkenaan. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd