• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dengar Suara Malaikat Sebelum Bunuh Anak

oleh
14/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang dipercayai membunuh anak berusia lapan bulan di Kampung Sungai Dua, Bachok, pagi semalam ada kaitan dengan ajaran sesat.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata ia berdasarkan cara bayi lelaki berkenaan dibunuh dengan seluruh badan dilumur garam serta halusinasi yang dialami suspek.

Katanya, sehingga kini suspek berusia 40 tahun itu tidak bercakap untuk diambil keterangan, sebaliknya hanya berzikir dan mendakwa dia mendengar suara malaikat sebelum membunuh anaknya.

“Selain bapa mangsa, polis turut menahan isteri suspek yang juga ibu mangsa berusia 32 tahun bagi membantu siasatan. Wanita berkenaan masih dirawat di hospital memandangkan keadaannya yang masih trauma.

“Ujian air kencing yang dilakukan terhadap pasangan suami isteri berkenaan juga negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sini, hari ini.

Dalam kejadian pagi semalam, seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati termasuk badan dilumur garam dipercayai dibunuh bapa kandung menggunakan objek tumpul.

Kematian Wan Mohamad Afiq Wan Roslan dipercayai dilakukan bapa mangsa yang mengalami masalah gangguan mental sebelum disedari jam 11.30 pagi.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya menunggu keputusan laporan kimia sama ada suspek mempunyai masalah mental atau tidak.

“Berdasarkan laporan bedah siasat yang baru selesai jam 5 pagi tadi, punca kematian bayi berkenaan disebabkan kecederaa di kepala disebabkan hentakan.

“Kecederaan itu berkemungkinan bayi itu jatuh atau dipukul dengan objek tertentu,” katanya yang perintah tahanan reman terhadap suami isteri berkenaan sedang dilakukan di Mahkamah Bachok. – myMetro Online

Tags: Ajaran Sesatbunuh anakKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ajaran Sesat Tidak Pernah ‘Tidur’, Terus Dipantau

Ajaran Sesat Tidak Pernah ‘Tidur’, Terus Dipantau

03/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 14 ajaran difatwakan sesat dikesan masih aktif di negara ini, dengan semuanya berada dalam pemantauan pihak berkuasa....

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd