Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Terharu, Rosmah Sebak Terima...

ISTERI bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak dapat menahan perasaan sebak...

Pemimpin Tertua Dan Termuda...

VIENNA - Pertemuan dua hala Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Canselor Republik Austria,...

Hafiz Hamidun Tahu Redza...

PENYANYI Hafiz Hamidun mengakui dia menyedari status yang dimuat naik pelakon Redza Minhat...

11 Usahawan Malaysia Dalam...

KUALA LUMPUR - Beberapa usahawan Malaysia adalah antara 300 orang dari 23 negara...

Kerajaan Perlu Naikkan Gaji, Bonus Penjawat Awam

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan kenaikan kadar gaji dan pemberian bonus secara bulanan kepada penjawat awam dalam pembentangan Belanjawan 2021, bulan depan.

Presidennya Adnan Mat berkata permohonan tersebut berdasarkan situasi semasa negara dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Jika kita lihat pada ketika ini harga barangan dan perkhidmatan asas yang lain seperti makanan, minuman, kesihatan, pengangkutan, pendidikan dan komunikasi telah menunjukkan sedikit peningkatan.

“Ini bermakna gaji juga perlu ditingkatkan selaras dengan peningkatan kos keperluan asas ini khususnya untuk seluruh penjawat awam dan mereka yang berada di luar sana,” katanya ketika dihubungi Bernama TV, di sini, hari ini.

Katanya, CUEPACS juga berharap kerajaan mengumumkan bonus dalam bentuk gaji bulanan kepada penjawat awam dan bukannya bantuan khas kewangan sepertimana pada tahun-tahun sebelumnya sekali gus dapat membantu merancakkan ekonomi negara.


”Kali terakhir penjawat awam menerima bonus adalah pada tahun 2012 iaitu satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 dan selepas itu penjawat awam tidak lagi menerima bonus.

“Sebaliknya bantuan khas kewangan yang diterima tahun-tahun sebelum ini adalah sebanyak RM500 menjelang perayaan dan RM500 menjelang pembukaan sesi persekolahan awal tahun,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori