Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Peminat Spekulasi Uqasha, Ben...

PEMINAT mula berspekulasi pelakon Uqasha Senrose dan Ben Amir kini sedang hangat menjalin...

Kuching Akan Jadi Bandar...

KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak merancang untuk menjadikan Kuching sebagai sebuah bandar raya...

Kaka Azraff Mahu Fokus...

WALAUPUN ramai artis yang ceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan, penyanyi Kaka Azraff...

AMK Dakwa Khairy Jamaluddin...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin...

Adakan PRU Selepas COVID-19 Terkawal – Zahid

KUALA LUMPUR – UMNO memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan dengan mengadakan pilihan raya umum  bagi mewujudkan kerajaan yang stabil setelah pandemik COVID-19 dapat dikawal dan berada di tahap minimum.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO adalah sebuah parti yang dasar-dasarnya sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda rakyat.

“Maka, semua anggota kabinet yang mewakili UMNO terus kekal dalam kerajaan dan beriltizam untuk terus menjaga kebajikan rakyat dan mempertahankan maruah parti,” katanya dalam satu kenyataan selepas menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO di sini malam tadi.

Sementara itu, Ahmad Zahid menegaskan UMNO terus kekal fokus dan konsisten dengan kenyataan mereka sebelum ini berhubung kepentingan gencatan politik dan Rekonsiliasi Nasional dalam berdepan dengan COVID-19, menjaga kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik.

Beliau turut mengulangi parti itu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk terus memastikan pentadbiran negara diurus dengan baik berpandukan keluhuran undang-undang dan menghormati semangat yang termaktub dalam Perlembagaan  Persekutuan.

Menurutnya UMNO turut memperhalusi pelbagai pandangan dan harapan rakyat mengenai Belanjawan 2021 untuk diangkat kepada kerajaan, antaranya isu pelanjutan tempoh moratorium, bantuan sara hidup kepada rakyat yang hilang punca pendapatan akibat COVID-19, bayaran khas kepada barisan hadapan dan beberapa inisiatif untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.


“Lantaran itu, UMNO akan memastikan Belanjawan 2021 yang bermanfaat untuk rakyat dapat diluluskan.

“Maka sebarang tindakan mana-mana pihak yang mempersoalkan keputusan UMNO dalam mendokong titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu adalah tidak bertanggungjawab dan amat dikesali,” katanya.

Menurutnya lagi, sekiranya pendirian UMNO dalam perkara itu masih dipersoalkan, parti itu tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas demi menjaga kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kepentingan rakyat. – BERNAMA

Kategori